keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Saturday, December 1, 2012

Izinkanlah

Ehem..


Bila berlabuh tabir malam indah,
Cakerawala pun turut melambai gundah,
Wajah duka berganti rasa merindu kepadaMu.

Telah lama diriku dalam leka,
Lupa mencintaiMu sepenuh jiwa,
Sedangkan itu satu kewajipanku terhadap Mu.

Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan,
Dapatkah aku pulang berjiwa suci
bagai kekasih dinanti.

Masihkah diri ini
Ada ruang beradu?
Dalam mahligai
Sedangkan diri telah tercemar debu dunia.

Izinkanlah diriku,
Dekat dengan Mu Kasih,
Izinkanlah diriku,
Wahai Kasih yang satu.



P/s: untungnye org yg mencintai dan dicintai Rabb yang menjadikan segalanya.

Thursday, June 7, 2012

Mahalaku



Alhamdulillah Surau Al-Ikhwan, Taman Johan Setia telah semakin besar dan cantik. Kini sudah mendapat kebenaran untuk jamaah bersolat jumaat.




pandangan luar

dalam surau

saf-saf yang rindu pada org2 beriman (moga2 akan penuh setiap 5 waktu)

 
ruang belakang yang dahulunya tempat letak motosikal





Alhamdulillah, lepas ni jamaah dakwah akan lebih selesa bila berkunjung ke sini Insyallah.





Thursday, May 31, 2012

dakwah nabi saw


Pernah sekali salah seorang rakan usaha mengalami suatu pengalaman yang mirip-mirip usaha dan pengalaman nabi dan rasul-rasul terdahulu dalam menjalankan usaha agama. Sekali, pada pertengahan awal tahun ini ada satu jamaah dakwah yang dihantar untuk berusaha di kampong jiran. Jamaah ini pun menjalankan dakwah seperti kebiasaan sebagaimana yang dibuat oleh nabi saw. Bergerak menjumpai saudara-saudara seislam semata-mata untuk menghidupkan sunnah nabi saw.

Setiap petang amalan utama yang dijalankan ialah gash ataupun ziarah umum. Jamaah akan bergerak dari lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu dan hati ke hati. Sehingga tiba di suatu lorong Allah SWT. ingin menzahirkan susah-payah nabi saw dan rasul-rasul terdahulu.

Tiba di hadapan sebuah rumah. Salam diberi tak lebih 3 kali. Tuan rumah pun keluar. Apabila jamaah ingin memulakan bicara sahaja lantas saudara itu menyumbat kedua-dua lubang telinganya dengan jari. Sambil mencebik dan merendah-rendahkan saudara jamaah yang datang ziarah dengan berkata

“ha cakap la..apa dia?..ha, apa dia?..tak dengar la..”  sambil menutup telinga

dalam keadaan begitu pun jamaah terus bersangka baik dan meneruskan dakwah kepada saudara tersebut. Hingga selesai kata-kata jamaah pun mohon undur diri. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah seluruh alam.


Sesungguhnya keperitan yang dialami nabi saw dan rasul-rasul terdahulu lebih dasyat lagi.





“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinga dengan jari masing-masing, dan menyungkup baju ke mukanya, serta berdegil dengan keingkaranya dan bersikap sombong yang melampau”  (Nuh: 7)



dakwah mirip dakwah nabi saw 

Memang benarlah! Tidak akan ada lagi nabi-nabi atau rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. selepas kewafatan Imamul anbiya wa sayyidul mursalin nabi kita yang mulia Muhammad habibil mustofa sallallahualaihi wa salam. Maka kita sebagai ummat nabi yang mulia SAW. diberi tanggungjawab untuk menyambung kerja Baginda SAW. Terus berkorban, pergi kepada ummat bawa hati ummat ini kepada ALLAH dan malam doa kepada Allah supaya Allah beri hidayah seluruh alam.






Monday, May 14, 2012

Pelekat Hebat?



Ini gambar pelekat/stickers





Ianya pelekat biasa. sekitar RM5 - RM10 boleh dapat.

Pelekat ini hanya mempunyai berat sekitar 5 - 10 gram (aku rasa lah)









Tapi pelekat ini boleh bergerak dengan kelajuan lebih 800km/jam dan lebih



Korang percaya tak?



Emm, betul ke?



Jawapannya : BETUL







Bila pelekat tadi dilekatkan pada kapal terbang. 

Pelekat itu bukan saja bergerak dengan begitu pantas malah dapat pergi ke negara-negara jauh hanya beberapa jam saja. Bahkan menjadi perhatian ramai.

"Pelekat yang biasa-biasa menjadi luar biasa"




Begitu juga dengan kita. Hakikatnya kita umat hujung-hujung akhir zaman ini amat berat ujiannya. kita ini iman lemah, nak beramal pun payah (aku le teww). Jadilah kita seperti pelekat yang murah dan takde bernilai sangat macam kat atas.


Manakala


Sahabat-sahabat nabi saw ialah manusia yang mendapat pengiktirafan sebagai manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Kerana agama yang dibawa berserta pengorbanan untuk agama dalam kehidupan mereka. Merekalah manusia yang Hebat!. Maka, mereka umpama kapal terbang besar yang bergerak dengan megah dan hebat sekali.


Jadi, apa nak buat?


Kita kena la lekatkan diri kita dengan agama Allah SWT sepertimana sahabat-sahabat radiallahuanhum. Iaitu dengan kita tiru jejak langkah mereka. Langkah pertama kita kena banyak membaca kisah-kisah sahabat nabi SAW. Kitab fadhilat amal klik sini dan Kitab Hayatussahabah (kisah-kisah sahabat r.hum) oleh  Maulana Muhammad Yusuf al-Khandalawi rah. klik sini


Mudahkan?


Tapi kene lekat baik-baik la...jangan sampai tercabut pulak!











PESANAN (langkah seterusnya): 

19, 20 DAN 21 MEI 2012 (SABTU HINGGA ISNIN MINGGU INI) DIADAKAN IJTIMAK IAITU PERKUMPULAN/HIMPUNAN SELURUH UMAT ISLAM BAGI MENDENGAR PENERANGAN DAN NASIHAT AGAMA OLEH ULAMA' YANG DIJEMPUT KHAS. IJTIMAK INI AKAN BERLANSUNG 3 HARI DI MASJID JAMEK BANDAR BARU SRI PETALING. SEMUA SAUDARA LELAKI AKIL BALIGH DIJEMPUT HADIR. MOGA KEHADIRAN SAYA DAN TUAN2 MERAIH RAHMAT ALLAH SWT.




(apa itu agama? agama ialah seluruh perintah-perintah Allah SWT dilaksanakan dengan cara nabi SAW)




Monday, April 23, 2012

aku prektikal kat masjid



alhamdulillah nahmaduhu wa nastagfiruhu, allahuma solli wa salim a'la rosulihil karim wa a'la alihi wa ashabihi ajmain.


tak terasa dah 2 bulan aku prektikal kat masjid negeri shah alam. syukur setakat ni segalanya baik-baik belaka. mungkin member2 yang lain juga bahagia dengan tempat prektikal masing2. aku tau ramai yang pelik kenapa aku prektikal kat masjid, padahal aku amek kos banking. huhu..tapi takpa aku bahagia. belajar islamic banking tak semestinya kena belajar kat bank. kan?

bapak member aku belajar pertanian last2 keje kat bank. siapa bagi kije?

ALLAH!!!

kije bagi rezki ke?

TAK!!! (geleng kepala)

siapa yang bagi rezki?

ALLAH!!!

benar tu tuan!


awal2 dulu time sibuk cari tempat untuk intern tak pernah terpikir pulak nak mintak intern kat mesjid negeri ni. bajet nak cari tempat yg elaun banyak la konon. nak intern kat bank2 atau company2. tapi tetiba Allah gerakkan hati aku supaya try2 apply kat JAIS. lama gak menunggu result internship nih. aku rasa nak putus harapan dah. member2 pun tensen gak pasal entah ape pasal batch aku kali ni lambat gila dapat tau result application intership.

rupe2nya baru aku sedar yang aku lupa tawakal pada Allah. moga Allah ampunkan saya. inilah gara-gara tak wat dakwah, kesannya diri aku sendiri akan lupa pada Allah. aduhai. akhirnya aku membetulkan iman cepat2 dan mengakui kekuasaan ALLAH!! aku terus tanya pada diri aku,

siapa yang bagi prektikal?

ALLAHHHH!!!

hingga akhirnya Allah menunjukkan kekuasaanNya. rupa2nya Allah nak bagi aku dok kat tempat yang palinnnnnggggg dicintaiNya. RUMAH ALLAH!

ohh, terharunya. daripada ingat makhluk2 bank dan company semata. tetiba Allah palingkan aku ke sini. ya Masjid, tempat nabi saw dan sahabat2nya melepaskan kelelahan dan kerinduan kepada rabbul alamin!

ALLAHUAKBAR!

memang benar, masjid bukan bank. tapi ingat! masjid ialah bank segala rahmat, berkat, maghfirat dan hidayat!

mungkin aku tak banyak belajar pasal bank kat sini dan takda event gempak2 dan jumpa orang gempak2. mungkin tak sehebat kawan2 yg lain. mungkin di sana mereka lepak dengan bos2 besar, dato'2, tansri2, orang2 besar. tapi takpe, aku pun tak expect nak kije kat bank pon. takpe yg penting aku bahagia sudah.

dari rumah kalau korang menuju ke tempat kije kerana perintah Allah utk cari rezki yg halal korang dapat 1 pahala. tapi aku dapat 2. sebab aku bukan saja menuju ke tempat kije bahkan aku menuju ke rumah Allah beb! dari kejauhan aku melihat masjid pun dah boleh jadi asbab pahala. lalu berselawat ke atas nabi saw maka setiap 1 selawat kita Allah dan malaikatnya akan berselawat utk kita sebanyak 10 kali. bila masuk saja bersama niat iktikaf dengan wuduk maka dikira seolah-olah sedang sibuk ibadat kepada Allah. tiada pula melihat aurat2 wanita dan laki2 terdedah di sana-sini. lega.

kat sini pagi2 sebelum mula kije kami akan bertadarus quran dibimbing oleh ustaz2 dan imam2 masjid negeri. maka tiadalah pagi2ku dimulakan dengan membaca newspaper yang menceritakan isu2 dunia yg dah lapok dan menunggu masa ni. Alhamdulillah, sila jangan jeles. setiap hari khamis pulak setiap staff masjid akan dijamukan dgn majlis ilmu khas oleh ustaz2 yg berkaliber. agak2 kalau ada masail2 agama yg tak faham boleh direct tanya imam2 dan ustaz2 kat sini. maha suci ALLAH!

solat fardu berjemaah beb!
(orang yg dapat jaga solat 5 waktu berjemaah di awal waktu kat mesjid akan dapat 5 anugerah terhebat: rezki di dunia berkat dan tiada kesempitan, terlepas dpd azab kubur, konvo catatan amal diterima dgn tangan kanan, melintas titian sirat sepantas kilat menyambar dan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga tanpa hisab). ALLAHUAKBAR! 

extra bonus!

peluang dakwah, peluang muliakan orang alim, solat sunat tahiyatul masjid, solat isyraq, solat dhuha, wuduk selalu, baca quran, potensi buat dosa menurun, duduk bersama ulama dan orang2 berkhidmat di masjid, baca kitab ugama, ada taklim fadhail lepas asar, solat sunat sebelum dan selepas solat fardu, langkah2 ke masjid dicintai Allah, berada di masjid sunnah nabi saw dan sahabat2 r.hum dan banyaaaaaak lagi!!!



di bawah ni gambar2 program HaRUM baru2 ni.





manjakan kaki dgn urutan refleksologi



jamaah khusyuk mendengar nasihat dpd ulama nusantara



hai, ALLAH maha kuasa, makhluk xde kuasa. ingat ye tuan2.



sheikh nuruddin al-banjari turut hadir 



suasana jerebu..subhanallah!



kaum muslimin yg hadir...masyallah!



staf2 masjid negeri yg selambe...Allahuakbar!




adik2 kita buat persembahan...subhanallah



qasidah oleh si cilik...Alhamdulillah!




kalau x silap malam pertama program ada persembahan nasyid



ehem3..buat apa tu cik bang dan cik kak? sori, fotograper x sengaje...(so sweet)



pemandangan dpd gerai2



gerai yang mempamerkan potret ulama2 nusantara dulu2



baca ape tu dik? baca blog bang (jawabnye)...oh









kat sini ramai pelancung asing datang, cume sayang mereka datang dan hanya dapat tahu pasal seni bina masjid dan melihat keindahan pemandangan saja. kalau tuan2 ingin berdakwah kpd mereka dtg la ke sini. hati mereka lembut2 sebenarnya. Allahuakbar.




setakat ni saja laporan dpd aku yg jahil ni. dan doakanlah aku dapat habiskan degree ni dgn jayanya dan kuar 4 bulan IPB.




akhir kata..






"marilah makmurkan masjid2!! insyallah tuan2?"








INSYALLAH!!!





Wednesday, April 11, 2012

Bayan Maulana Tariq Jameel



rakaman bayan hazrat Maulana Tariq Jameel hafizahullah di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur pada hari sabtu 31 Mac 2012.

Maulana adalah ulama kabir daripada Pakistan yang merupakan masyaikh bagi usaha dakwah tabligh yang digunakan oleh ALLAH sebagai daieNya. Dimaklumkan juga bahawa sebenarnya Maulana tidaklah berapa sihat sejak beberapa hari namun ALLAH tetap menggunakan beliau untuk memperlihatkan kebesaranNya.

zahirnya Maulana seperti orang biasa namun kealiman beliau terserlah bila beliau mula berbicara. sehingga semasa aku nak cari tempat letak kereta terpaksa tawaf sri petaling beberapa kali dan terpaksa berjalan kaki jauh untuk ke masjid. melihat wajah Maulana menyejukkan hati, mendengar bait-bait bicara Maulana umpama mutiara indah yang menyuburkan kembali iman yang lemah ni. Allahuakbar.




Alhamdulillah dapat mendengar kembali rakaman bayan Maulana.









Maulana belah kanan


hazrat Maulana Tariq Jameel (ulama dakwah tabligh) mendengarkan lantunan nasyid memuji ALLAH oleh Iwan dangdut (artis dakwah tabligh)...hehe




Saturday, March 31, 2012

'Ikrimah bin Abi Jahal




Semenjak hari itu, 'Ikrimah telah bergabung ke dalam angkatan dakwah. Beliau seorang pahlawan yang gagah berani di medan peperangan. Sementara di masjid pula, beliau seorang yang kuat beribadah, rajin bersembahyang malam dan banyak membaca al-Quran. Beliau pernah meletakkan mushaf di mukanya sambil berkata:

"kitab Tuhanku....kata-kata Tuhanku." Kemudian beliau menangis teresak-esak kerana takutkan Allah s.w.t..


* * *

'Ikrimah telah menunaikan janji yang diikrarkannya di hadapan Nabi saw. Setelah keislamannya, beliau pasti turut serta dalam apa jua peperangan yang dilancarkan oleh orang Islam. Tiada satu perutusan perang yang diutuskan melainkan beliau berada di barisan terkehadapan.

Ketika peperangan Yarmuk, 'Ikrimah memasuki pertempuran seolah-olah orang yang dahagakan air yang dingin pada hari yang panas terik.

Apabila tentera Islam berada dalam keadaan yang agak genting, 'Ikrimah turun dari kudanya sambil mematahkan sarung pedangnya. Beliau kemudiannya merempuh jauh ke dalam barisan tentera Rom. Lantas Khalid bin Al-Walid segera mendapatkan beliau seraya berkata:

"Jangan lakukan wahai 'Ikrimah! Kematian kamu adalah hentaman yang cukup berat kepada tentera Islam."

Namun 'Ikrimah membantahnya: "Tinggalkan saya wahai Khalid! Kamu lebih dahulu bersama Rasulullah. Sedangkan saya dan ayah saya adalah orang yang paling keras menentang Rasulullah. Biarkan saya menebus kesalahan saya yang lalu."

"Sesungguhnya saya telah memerangi Rasulullah saw. dalam banyak peperangan! Adakah pada hari ini saya hendak lari daripada Rom?!!" ujar beliau lagi.

"Tidak! ini sekali-kali tidak boleh berlaku!" bentak beliau.

Kemudian 'Ikrimah menjerit kepada tentera Islam: "Siapa yang mahu melakukan bai'ah untuk mati???!!"

Lantas bapa saudaranya al-Harits bin Hisyam, Dhirar bin al-Azwar bersama 400 tentera Islam yang lain telah berbai'ah dengan beliau.

Mereka kemudiannya berperang bermati-matian di hadapan markaz kepimpinan Khalid r.a.. Mereka mempertahankan agama Allah dengan penuh kemulian dan pertahanan yang kental.


* * *

Peperangan Yarmuk kemudiannya berakhir dengan kemenangan besar tentera Islam. Di celah-celah mayat yang bergelimpangan di medan tempur, kelihatan tiga orang pejuang sedang baring terlantar. Mereka masih bernyawa namun amat lemah dan tidak berdaya akibat luka parah yang dialami. Mereka ialah al-Harits bin Hisyam, 'Ayyasy bin Abi Rabi'ah dan 'Ikrimah bin Abi Jahal.

Al-Harits melaung meminta sedikit air untuk diminum. Apabila air hendak diberikan kepada beliau, terpandang olehnya 'Ikrimah yang sedang memerhatikannya...lantas al-Harits mengarahkan:

"Kamu berilah air ini kepada dia ('Ikrimah)."

Apabila mereka menghampiri 'Ikrimah, 'Ayyash pula menoleh kepadanya... maka 'Ikrimah berkata:

"Kamu berilah kepada dia."

Mereka pun bergegas kepada 'Ayyash. Namun apabila mereka menghampirinya, mereka mendapati beliau telah meninggal dunia. Belum sempat mereka memberinya minum.

Justeru itu, mereka segera kembali mendapatkan dua sahabat yang kehausan tadi. Tetapi, mereka mendapati dua sahabat itu juga telah meninggal dunia.


* * *

semoga Allah meredhai mereka semua. semoga Allah memberi mereka minum dari kolam al-Kaustar dan selepas itu mereka tidak lagi dahaga untuk selama-lamanya. dan semoga Allah menganugerahkan syurga Firdaus yang menghijau untuk mereka bergembira di dalamnya buat selama-lamanya.



(dipetik daripada kitab 65 gambaran kehidupan sahabat)




"mereke yang sedang berada di jalan Allah, yakinlah sebenarnya mereka sedang berada di taman-taman syurga"
(Sheikh Maulana Muhamad Saad al-Kandahlawi)








targhib diri:

Lihatlah keyakinan mereka kepada kekuasaan Allah serta ketakutan mereka pada Allah zat yang maha berkuasa. Betapa kecintaan mereka kepada Nabi saw. Walhal sebelum ini 'Ikrimah adalah orang yang paling bersemarak kebenciannya pada Islam lebih-lebih lagi setelah kematian ayahnya Abu Jahal.

Agama hanya akan tersebar dengan susah-payah, aliran air mata di malam hari, titisan darah di siang hari. Mereka telah berkorban habis-habisan demi menyampaikan agama kepada seluruh manusia seluruh dunia. Mereka bukan pergi meninggalkan kampung untuk 3 hari, 40 hari atau 4 bulan. Tetapi mereka telah serahkan diri hatta nyawa mereka untuk agama Allah swt. Perginya mereka tidak tahu bila pulangnya.

Sedarlah, hari ini kita bersenang-senang mendapatkan kalimah iman dengan mudah serta bersyukur dapat mengamalkan perintah-perintah Allah dengan aman. Ketahuilah, nikmat-nikmat ini adalah hasil daripada aliran darah orang-orang Islam terdahulu. Tangisan anak-anak kecil yang diyatimkan, kesedihan isteri-isteri yang dijandakan. Ini semua ini kerana fikir, risau mereka bagaimana kita serta seluruh umat Nabi saw di permukaan bumi ini dapat beriman serta mengamalkan perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

Begitu sekali keghairahan sahabat-sahabat r.hum terhadap agama. Melalui pengorbanan serta susah-payah mereka demi agama sebegini rupalah Allah swt. telah sebarkan hidayah ke pelusuk dunia.

Mudah-mudahan Allah beri kita taufiq untuk tiru sifat-sifat sahabat Nabi saw. Ameen.





Tuesday, February 28, 2012

macam-macam hal


Alkisah.


Pada suatu masa yang lalu, terdapat satu Jemaah dakwah daripada Pakistan mengunjungi kampong aku. Lebih tepatnya mahala ataupun di surau jiran aku.


Kelihatan sedara-sedara yang datang itu josh-josh belaka. Yang boleh berbahasa inggeris beberapa orang saja. Dan seorang daripada mereka ialah orang alim/maulana.


Di suatu petang yang damai, seperti biasa amalan ziarah akan dijalankan. Dari lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu, hati ke hati.


Rakan usaha tempatan di mahala tersebut jadi rahaba. Apabila sampai di sebuah rumah maka rahaba pun beri salam. Maka keluarlah tuan rumah tersebut yang sudah biasa berjemaah di surau. Seperti kebiasaan Jemaah akan bertaaruf ringkas sambil bersalam-salaman.


Tuan rahaba pada mulanya menyangka bahawa dia akan menterjemahkan bahasa urdu Pakistan kepada bahasa melayu. Tapi sangkaannya meleset. Rupa-rupanya si mutakalim fasih cakap melayu.


Barangkali mereka belajar di masjid sri petaling.


Mutakalim : mari datang surau sekarang..

Tuan rumah : insyallah..(tersenyum)

Mutakalim : mari datang surau sekarang..

Tuan rumah : insyallah..nanti saya datang (senyum lagi)

Mutakalim : mari datang surau sekarang..

Tuan rumah : insyallah..saya tau la (hek eleh mamat nih)

Mutakalim : mari datang surau sekarang..

Tuan rumah : saya tau maaa!!! (akhirnya tuan rumah tak dapat menahan tekanan ke-joshan mutakalim)

Rahaba : (o_o)”


Rupa-rupanya dia hanya belajar sampai “mari datang surau sekarang..”


Ish3


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...