keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Sunday, July 10, 2011

aku, selipar dan SR





assalamualaikum


Fakta selipar di kolej sempana riau UiTM Segamat…roaarrgghh!


Aku dan budak bilik aku tengah mengemas-ngemas barang sempena dapat bilik baru semasa part 1. Tetiba datang sorang mamat ni bukak pintu masuk sikit “usha-usha” kitorang terus blah. Ceh, selamba dia jer rembat selipar member aku! (bajet kitorang tak perasan r)


Pesanan eldest (senior).

Semasa penerangan oleh senior wing (orientate sebenarnyee..hampeh) selipar ialah salah satu agenda. “kat dalam SR selipar HAKMILIK BERSAMA faham?!!” sorang senior yang berwajah agak kejam bersuara. “selipar takyah sorok-sorok, kalau selipar korang mahal simpan dalam loker..kalau hilang jangan salahkan orang lain..” tambah sorang senior yang ok la..

“korang paham ke tak?!!” bentak senior berwajah kejam.

“pahammm..”jawab kitorang berwajah insaf.

“bagus!!” sambil senior-senior lain ketawa “keh keh keh” (kuang ajo…haha)




simpan dlm loker lebih ok dpd kunci tapi terbiar..huhu




Undang-undang/akta selipar SR

Selipar ialah hakmilik bersama di dalam SR bermakna semua selipar yang ada di dalam kolej SR boleh digunakan oleh sesiapa saja yang menghuni kolej SR. tanpa mengira dia dari wing mana. Senior atau junior. Miskin atau kaya. Anak datuk atau anak orang biasa. Bila kau masuk saja SR itu bermakna “seliparmu seliparku jua” hatta budak kolej TS yang masuk kolej SR pun mereka kena tahu undang-undang nih..so, kalau korang tengok budak TS balik kaki ayam tu paham-paham je la…keh keh. Isu penggunaan selipar tidak ada khilaf dan semua mesti setuju. dalam SR tidak ada istilah curi selipar..(walaupun budak2 selalu ngadu siper kene curi..haha)


kadang2 pukul1 pagi budak2 main selipar kat wing..huh


syarat

Walaubagaimanapun setiap budak SR mestilah menggunakan selipar sendiri dan dibolehkan meminjam selipar budak lain jika ada kes tertentu. Peminjaman selipar boleh dibuat dengan izin dan tanpa izin. Budak yang kehilangan atau seliparnya dipinjam hendaklah berniat waqaf dan redha serta sabar. Tidak dibenarkan membuat aduan tentang kehilangan selipar. Selipar kat masjid takleh rembat.





pakai sebelah lain dah jadi adat..huhu



pengalaman

Sepanjang pengalaman aku kat SR aku telah menyarung bermacam-macam jenis selipar. Haha..dan untuk pengetahuan korang “time” aku part 2 aku lansung tak beli selipar..kah3. aku pernah perasan ada satu selipar jepun yang tertulis dengan “liquid paper” nama sorang junior yang bernama “TONO” kalau tak silap. Selipar tu dah raun satu SR. aku jumpa banyak kali selipar tu dan setiap kali aku jumpa mesti di tempat berlainan dan penyarung yang berlainan.


Kantoi

Sewaktu kitorang part 2. Aku (sunya), pabong dan tenat adalah antara yang survive bab selipar ni. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan selipar jadi aku telah mengumpul stok selipar. Ada la dalam 2 ke 3 pasang..stand by untuk kes2 tertentu. Satu hari senior aku masuk bilik dan kebetulan dia usha loker si pabong.. tiba-tiba “ya Allah, bong! Ko simpan selipar satu SR dalam loker kau!! Woii budak2 wing selipar SR ada kat siniii” apalagi..kecoh la satu wing. “jibu, diam2 la bu..tolong la buu..” rayu pabong. Ceh, aku ingat aku jer yang kumpul stok selipar. Rupanya pabong lebih Berjaya. Penuh selipar kat ruangan bawah loker dia..memang hampeh! Haha!


seliparmu selipar ku jua..hehe


Dalam kolej SR (sarang raksasa) isu selipar kena rembat isu biasa. Korang taknak kena selipar kene rembat tolong ikat selipar tu kat badan korang atau simpan dalam loker atau korang tak payah masuk kolej kitorang laa..


pengalaman yang aku takkan lupakan ialah waktu solat jumaat. kita baik punya hensem siap2. dengan baju melayu, kopiah, kain pelikat sekali selipar takde..terpaksa la pakai kasut formal. apa lagi jadi bahan gelak la.. hahaha..


aku

ini aku kongsi sebagai pengalaman jer. tak tau la hari ni masih still undang2 selipar yg sama ke tak. tapi waktu paling enjoy waktu di UiTM segamat laa...


"bonnngg pinjam sipaarr...aku nak gi dining" sunya rembat sipar

"woiii..aku nak pakai r!!" sahut pabong melihat sunya sudah menjauh.


keh keh keh


eSaRian!!! Aum Aum Aum!! (haha...takleh blah!!)


10 comments:

  1. tq, entry menarik. Karkun msti kena sinonim dgn siper k.

    ReplyDelete
  2. sunya ko teringat kan zaman silam kite.. Aq teringat arwah dowh.. senior palg cool.. huhu..

    ReplyDelete
  3. to hainur hapis:

    pastikan selipar sendiri yer...takmau rembat2.

    hehe..


    to Si Pujangga:

    atap...saja tap. kdg2 rindu masa yg dah lepas. aku memorikan kat sini.

    cebeng adalah senior yg baik. byk jasa beliau kat diri ini. huhu

    semoga arwah ditempatkn dikalangan org beriman. ameen

    ReplyDelete
  4. siper mhal pon kne wakaf...aku redha...pas2 rembat siper lawa2...pas2 sorok bwah katil....lallala

    ReplyDelete
  5. dlm tabligh guna brg tanpa izin sama status dgn curik..

    ReplyDelete
  6. to baharu:

    hehe...kite sama bro.


    to RuMaH TuA:

    kreatif...namun "dlm agama tidak ada kreatif"


    to azharjaafar:

    benar tn..selepas dpt usaha sy akan minta izin utk rembat selipar...huhu

    ReplyDelete
  7. dok gelak je bila dgr cite mmbe2 pasal selipar..kenangan terindah..

    ReplyDelete
  8. Salam bro,

    rasa nak nagis n hepi. kisah kita.... cek link kisah kami juga

    http://pujanggamalam.blogspot.com/search?q=chronicle

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...