keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, August 31, 2011

salam aidilfitri







assalamualaikum wbt.



syukur kepada Allah yang maha kuasa kerana izinkan dan beri peluang untuk kita bercucuk-tanam di dunia ini lagi. semoga hasil tuaian di akhirat lumayan. Ameen



di kesempatan ini saya farid faisal @ bob @ sunya ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua rakan-rakan.


kepada rakan-rakan sekolah rendah, sekolah menengah, budak kelas 5T1, budak motor Taman Johan Setia, budak kemahiran YBK, budak UiTM segamat, geng Sempana Riau (SR), budak kelas ISB UiTM shah alam, rakan blogger.


tak lupa kepada sepupu-sepapat.


dan kepada rakan usaha.







raya yang sebenar ialah bila Allah sayang kat kita
dan masukkan kita ke dalam surgaNya













"hati-hati di Bumi Allah, Allah memerhatikan kita."




















p/s: pecaya atau tidak, raya pertama gua mendapatkan beberapa angpau! woha!



Saturday, August 27, 2011

kenangan ijtimak




salam.


Main kelik-kelik dari folder ke folder gua terjumpe folder gambar lama-lama. Antara gambar bermakna yang mempunyai 1001 rasa babas kenangan ialah gambar sewaktu ijtimak kerja dakwah tabligh umat islam di kuaters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.


Memang tak dapat dinafikan bahawa ijtimak pada tahun 2009 tersebut ialah perhimpunan umat islam yang sangat besar. Ramai saudara-saudara sekalimah dari pelusuk negeri telah hadir. Juga saudara dari luar Negara yang datang dari berbagai Negara. Semua datang dengan satu maksud, untuk mendengar nasihat agama dari masyaikh-masyaikh dan menyampaikan pesanan tersebut kepada seluruh ummat.



pengusaha2 iman. Moga istiqomah


Bak kata sheikh Nuruddin al-banjari, “seolah-olah ada sesuatu yang mengikat kuat hati di kalangan jemaah yang datang” kerana tepat hari jumaat ramai manusia dari pelbagai tempat hadir ke tapak ijtimak. Begitu juga dengan jam-jam berikutnya, tidak putus-putus jemaah yang hadir. Yang pastinya, yang menyatukan hati mereka adalah Allah.









Waktu itu gua masih belum tahu banyak tentang kerja tabligh iaitu usaha agama ini. Gua pun tak pernah terlintas dalam kepala akan sampai ke ijtimak kerja tabligh itu (itulah takdir). Sebelum-sebelum itu gua dengan member-member baru belajar-belajar keluar satu hari setengah. Alhamdulillah dapat belajar adab-adab sunnah nabi saw. dan gua masih tak hafal 6 sifat sahabat yang dijadikan asas dalam kerja usaha atas iman (kerja tabligh) hakikat masih x dpt lg isk3. Series, sepanjang gua terlibat gua tak tahu kerja usaha atas iman inilah yang orang kata tabligh.



Masih segar di ingatan beberapa hari sebelum berangkat. Setelah mesyuarat Karkun-karkun (org yg belajar2 usaha agama cara nabi saw) diarahkan iklan kepada kawan-kawan sekerap yang boleh tentang ijtimak dan taskil. Kemuncaknya ialah malam sebelum berangkat. Kami usuli semua rakan-rakan yang ada bagi keazaman. Wakil ummat dari UiTM Segamat yang dipilih Allah semuanya 12 orang, Alhamdulillah. berkat fikir risau saudara Amir, Allah telah bantu usaha agama di UiTM Segamat. Ya Allah, kekalkan dan peliharalah usaha agama di sana. Amen.

Keesokkan harinya kami bertolak ke sebuah masjid di segamat untuk dibahagi-bahagikan transport oleh orang awam. Sedikit mesyuarat dan muzakarah adab perjalanan. Kemudian kami pun bertolak dengan penuh semangat. Kami menggunakan jalan pintas sebaik mungkin. Dan satu perkara menakjubkan telah berlaku bila kami memasuki highway di Melaka. Lebuhraya tersebut telah dipenuhi ribuan kenderaan. Dan kebanyakkan orang dan penumpang dalam kenderaan berkopiah, berjubah, berserban, bejanggut. Pendek kata hidup amalan sunnah. Agak lama kesesakan tersebut. Masa itu dimanfaatkan untuk zikir sebab tgh josh berkat taufiq dari Allah.



lewat sikit bkn alas an utk x berjemaah



dakwah lg dan lg



bkn bazaar ramadan






Kami sampai hari jumaat sewaktu masa hampir-hampir maghrib. Masyallah, tak pernah gua melihat pemandangan sebegini rupa. Begitu ramai ummat islam. Berbondong-bondong datang. Bermacam-macam bangsa, warna kulit, bahasa. Oh, indahnya. Tiada dengar suara orang terjerit-jerit. Tiada ketakutan. Tiada yang menyusahkan orang lain. Tiada yang dikejar polis. Aman sungguh. Dikatakan jumlah manusia yang hadir kira-kira 200 ribu orang bahkan mungkin lebih.

Khemah kami nombor 12. Masyallah, besarnya khemah. Agak-agak 200 meter kot panjang khemah tu, ke lebih?. Lenguh kaki nak jalan. Dah tu kene pulak port kat tengah-tengah khemah. Cantik, nak kuar ke bazaar(belah kanan) jauh nak ke tandas (belah kiri) pon jauh. Oleh kerana kami ni anak muda yang masih panas darahnya, jadi terkesan jugalah dengan bazaar-bazaar yang ada. Boleh dikatakan kebanyakkan masa kami habis di bazaar. Isk3. Mula-mula beriya-iya nak dengar nasihat maulana last2 terkesan dgn bazaar pulak. Astagfirullah.

Gua hanya sempat dengar bayan student jer. Lain-lain bayan gua tak dengar. Isk3, hidayat sungguh. Alhamdulillah ada rakaman bayan maulana. Dapat gua dengar kembali.



kat masjid kuaters KLIA gua makan setalam dgn dr2 dan prof2


Sepanjang di ijtimak ade satu perkara yang sangat menyentuh hati gua. Series tak tipu. Ke mana saja gua bergerak pasti gua dengar suara-suara yang memuji-muji Allah. Antara ucapan-ucapan tersebut “ALHAMDULILLAH TUAN2” “ALLAHUAKBAR TUAN2” “MASYALLAH TUAN2”. Gua juga terkesan ketika maulana minta kejut rakan-rakan yang masih tidur untuk bangun sebelum azan subuh. “MASYALLAH TUAN, KITA KEJUT SAUDARA KITA DENGAN LEMAH-LEMBUT DAN PENUH KASIH-SAYANG” maulana kata. Gua rasa suke sangat bila dengar. Ya Allah, indahnya agamaMu.

Satu ketika amirsab kami putus bahawa saya kena pergi ambil makanan. Allah nak uji gua beb. Beratur semata-mata nak ambil makanan punyalah panjang. Dekat satu jam gua beratur kalau luorang nak tahu. Kaki gua lenguh abis. Peluh jangan cakap arr. Gua teringat pesanan-pesanan sewaktu gua keluar 1 hari setengah bahawa kita kena banyak-banyak ingat Allah. Gua pun praktikkan time tuh. Setelah bermujahadah dan susah-payah beratur tibalah giliran gua ambil makanan. Namun Allah maha mengetahui. Sampai turn gua makanan jame. Pergh, bebulu gua. Tapi gua sabar. Last2 gua balik khemah passing duit kat member, gua pergi tandas. Tup2, gua balik dari tandas tengok member dah bawak balik makanan. Aik, ajaib!



Perjalanan yg lain dry g lain. hehe


Wajah-wajah seronok



Paling syahdu waktu maulana doa. Sumpah gua tak paham ape maulana doa. Pasal bahasa urdu kot. Tak berapa clear. Tapi gua tengok orang ramai menangis sampai terisak-isak. Sungguh gua terkesan. Masa tengah kemas-kemas nak berangkat pulang gua ingat lagi ade sorang brader tetiba datang kat gua. Dia kata “tuan, nama saya Abdul Razak. Doakan saya nak keluar 40 hari” selepas hadiahkan gua senyuman terus dia angkat barang dan chow. Gua terkesima. Patut aku la mintak dia doa. Ade pulak orang tua mintak doa kat kita yang budak2 ni. Ish3. Moga Allah terima kita untuk bangun buat usaha agama.








p/s: gua rindu member2 segamat. series




Monday, August 22, 2011

pengaruh gua



Gua seorang yang berpengaruh

(pengaruh sangat berguna untuk kepentingan dunia)


Gua ialah abang long brader yang sangat berpengaruh suatu ketika dulu di kalangan member-member. Tanpa gua member-member akan rasa tak seronok. Haha perasan lebih.. tapi itulah hakikatnya. Gua bukanlah kepala bagi sesuatu organisasi ataupun pailang mana-mana geng gua cume taiko jer. Namun gua mampu mempengaruhi ramai member-member gua dalam hal keduniaan suatu ketika dulu.


gua pernah terjebak dgn skinhead. Cume tak tegar..



Gua pun tak pasti apa keistimewaan yang Allah beri kat gua sampaikan gua seolah-olah orang penting di kalangan budak-budak gua.



Iklan:

“alamak tuan, kicap jalen takde tuan! Makan tanpa kicap jalen tak sedap tuan!”

“lekas dapatkan kicap jalen, kalau takde kicap jalen kita batalkan saja perkhemahan ini”



Agaknya gua macam kicap jalen tu la. kalau gua takde dalam sesuatu function tu macam tak berseri jer. Hehe..


Bila budak-budak nak main bowling, mesti nak kene ade gua. Kalau gua tak pergi memang batal la plan. Gile perasan. Kadang-kadang member-member ajak tengok wayang, plan nak tengok cerita lain. Tapi bila gua kata “cerita ni(lain) lagi best”. Terus tukar plan, tengok muvi yang gua cakap akhirnya. Memang best pun. Huhu.


Sampai kekadang gua kesian dan tak sampai hati kalau budak-budak ni plan mati-matian ajak gua, tapi gua tak dapat follow. Gua tahu. Mesti plan akan tebantut. Isk3.


Pentingnya gua dalam persahabatan hinggakan segala plan mesti rujuk gua untuk minta pendapat. Kalau gua kata “ini tak best” semua akan setuju. Kalau gua ajak lepak, huh, sekejap jer budak-budak kumpul. Tak perlu targhib lama-lama. Bile ada plan Sanggup tunggu berjam-jam semata-mata nak tunggu gua datang.


Kalau gua kata “ok, jam sekian-sekian kite lepak kat sekian-sekian”. Pasti dan pasti geng-geng gua sampai. Gua jer yang selalu lambat. Seronok jer senang ajak member. Sangat susah mendengarkan alas an-alasan tak rasional.






Macam tu lah dunia. Semua orang paham.












Kini baru gua sedar, gua seolah-olah hilang pengaruh bila gua mula belajar-belajar buat usaha agama.












p/s: gua akan tetap tunggu luorang walaupun 1000 alasan luorang beri.

p/s 2: gua mula sayang luorang kerana iman yang ada dalam hati luorang.

p/s 3: ya Allah, Kau lah yg mengerti hati ini. kuatkanlah hati saya. Ameen.



Saturday, August 20, 2011

merokok ada fadhilat?


Assalamualaikum wbt.



Tetiba gua terkenang kenangan tahun lepas gua kuar 40 hari. Amirsab walaupun tegas namun tetap cool dengan lawak-lawak spontan. Satu hari selepas makan tengah hari amirsab kumpul semua orang dan muzakarah. Muzakarah ringkas. Muzakarah tentang fadhilat hisap rokok. Budak-budak sume khusyuk dengar. Seronok betul. Amirsab memang berhikmah sungguh. Die muzakarah sebab nak pancung budak-budak yang hisap rokok. Sape makan “burger segamat” dia lah terasa sedapnya!



Ok, gua kongsi.




4 fadhilat/kelebihan menghisap rokok:


1) Rambut tidak tumbuh uban

2) Rumah tidak dimasuki pencuri

3) Tidak dikejar anjing

4) Ok, gua lupe..huhu


lagi kelebihan merokok



Keterangan:


1) Rambut tidak tumbuh uban.

Berkemungkinan besar perokok-perokok tidak sempat tua dan tumbuh uban. Ye la, muda-muda lagi dah mampos kembali ke rahmatullah asbab sakit paru-paru.


2) Rumah tak dimasuki pencuri

Macam mana pencuri nak masuk? Pukul 2 3 pagi masih “kung kang kung kang” terbatuk-batuk. Pencuri pun tension, orang ni tak tidur ker hape? Lastly diorang pun blah…isk3


3) Tidak dikejar anjing

Macam mana anjing nak kejar. Bau busyuk. Anjing pun tak suka bau orang merokok nih. Huhu


4) Sebenarnya ade 4 fadhilat. Tapi series gua betol-betol lupe. Isk3.



Memanglah dalam Quran ada sebut “rokoklah bersama-sama orang yang merokok”. Itu bukan suruh orang hisap rokok brader. Itu ayat suruh orang solat berjemaah! Tegas amirsab sambil buat muka comel. Hehe.




p/s: ini bukan hadis

Wednesday, August 17, 2011

nasihat maulana ahmed sulaiman al-katani






Assalamualaikum wbt.



Hari ahad lepas yang baru-baru ni. 14 ogos 2011. Kalau luorang nak tau, sebenarnya Seorang alim kabir Hazrat sheikh maulana ahmed sulaiman al-katani d.b daripada south africa telah dihantar oleh Allah ke masjid jamek sri petaling. Beliau telah digunakan oleh Allah untuk memberi nasihat agama kepada semua yang hadir dengan sangat bersemangat! Beliau sangat la fasih bahasa inggeris. Terkulat-kulat jugak gua nak paham…haha.


Ok, gua tak rekod pulak bayan(nasihat) beliau kat mana-mana perakam. Tulis kat buku nota pun tak jugak sebab gua terlupa nak bawak. Jadi gua cube ingat guna otak kurniaan Allah nih. Sebelum gua lupa elok benar kalau gua catat kat blog. Leh kongsi dengan luorang sikit2. Insyallah. Maulana bayan bahasa inggeris(BI) tapi gua catat bahasa melayu(BM) la ea. Mula-mula gua memang bersemangat nak dengar bayan maulana dalam BI. Tapi disebabkan gua bersama student sekolah yang masih merangkak-rangkak terpaksalah gua ikram mereka duduk bayan terjemahan BM. (alasan jer tuh..hehe)


Ok, gua mula mengingat! (ringkasan je, tak detail)



*********************


Bismillahirahmanirrohim.




Di awal bayan maulana telah memuji-muji Allah. Membaca beberapa kerat ayat Quran dan beberapa hadis nabi yg mulia Muhammad saw.


Sheikh memulakan bayan dengan menceritakan tentang kehebatan, keagungan dan kebesaran Allah. Segala-galanya tidak ada kecuali hanya Allah yang satu. Allah tidak berawal dan tidak berakhir. Mafhumnya Allah maha berkuasa. Allah pencipta. Allah ialah raja. Allah menguasai segala-galanya! Sheikh mengatakan betapa agungnya dan hebatnya Allah sehingga tidak ada satu perkataan pun yang mampu diluahkan untuk memuji dan menyatakan kehebatan Allah. Kebesaran Allah tidak mampu untuk diungkapkan kerana tersangat dasyatnya kekuasaan Allah. Oh kasih ku, cintaku x dpt diungkap dgn kata2. Isk3. Allah yang buat segala-galanya. Semua perkara terjadi dengan kehendak Allah!



Kemudian beliau memuji-muji nabi saw. beliau menyatakan bahawasanya, jikalau dikumpulkan semua akal fikiran manusia sedari zaman nabi Adam a.s hingga akal manusia yang terakhir. Ianya hanya ibarat sebutir pasir jika nak dibandingkan dengan akal yang Allah kurniakan kepada nabi saw. kebijaksanaan rasulullah tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun. Tingkah-laku nabi saw ialah kesukaan Allah. Nabi saw telah bermati-matian untuk menyelamatkan umat ini daripada azab dengan mengikuti baginda saw. tapi apa kita kata? “eleh, ini sunnah jer..tak buat tak per” sambil buat muka toyer (translator menggayakan). Kite takleh nak bayangkan ape perasaan nabi saw.



Nabi saw sentiasa berada dalam kerisauan dan bimbang akan umatnya. Siang hari baginda sibuk mengingatkan manusia kepada Allah dan akhirat. Malam hari baginda solat dan berdoa menangis di hadapan Allah. Walaupun baginda penuh dengan kerisauan dan kepenatan namun baginda akan memasuki rumah dengan senyuman seolah-olah tiada kesusahan kata isteri baginda saw. dan di malam hari baginda saw akan solat dan berdoa dengan menangis hingga kantoi oleh isterinya. Lalu nabi saw tersedar lalu berhenti dan datang kepada isteri lalu bertanya “apa yang menyebabkan kau menangis?” lalu isterinya menjawab “kau ialah nabi, telah menangis sebegiturupa apalagi aku insan yang biasa”. Jadi kita bila pulang ke rumah hendaklah kita kawal fikir risau kite dan senyum kepada isteri. (fikir risau kerja dunia ade ler..). gua belum kahwin lg. harap-harap sempat amal sunnah ni. Hehe.



Maulana menceritakan tentang masa. Allah tidak terikat dengan masa. Masa juga ialah makhluk ciptaan Allah. Allah bebas daripada sebarang masa. Allah yang mengawal masa. Kisah pemuda kahfi walaupun telah tidur selama 309 tahun. Di luar gua masa telah berubah namun di dalam gua mereka seola-olah baru saja tidur. Sesiapa saja akan kalah untuk berperang dengan masa. Maulana kata gengkhis khan ialah raja yang kuat menyangka dirinya akan menguasai dunia, namun telah kalah dengan masa kerana maut menjemputnya. Begitu juga dengan raja Harun ar-rasyid. Walaupun mempunyai kerajaan yang besar yang merangkumi beberapa Negara besar. Yang dirajai oleh seorang. Dia pun kalah dengan masa. Maut menjemputnya. Kemudian maulana menceritakan tentang seorang kaya di barat yang mempunyai segala kemewahan, lalu berkata “walaupun saya ada semua, tapi saya tak pasti adakah saya sempat menikmati semua ini”. Pendek cerita kite sume akan tewas, kerana maut akan sampai pada kita bila-bila masa. Isk3.



Dalam bayan maulana juga menceritakan kisah seorang yaman berjumpa saidina Ali r.a dengan niat yang tak baik. Dia bertanya kepada Ali r.a. “wahai Ali, kau sembah Allah. adakah engkau melihat Allah?” maulana seterusnya menceritakan keistimewaan Ali r.a yang bijaksana. Sewaktu kecil rasulullah telah meletakkan air liur baginda saw ke lelangit Ali r.a. justeru, Ali telah diberi ilmu yang luar biasa oleh Allah. Maulana memberitahu bahawa jika saidina Ali r.a ingin mentafsirkan surah al-fatihah saja sudah memakan masa yang terlalu lama. Bukan sejam dua jam. Tapi berbulan-bulan lantaran ilmu yang sarat. Untuk mentafsirkan huruf “ba” di awal al-fatihah saja memakan masa 4 bulan. Allahuakbar!. Berbalik kepada kisah Ali r.a dengan seorang yaman tadi. Ali r.a telah menjawab dengan penuh keimanan. “aku tidak akan sembah Allah jika aku tidak melihatNya, aku tidak melihat Allah dengan mata (pandangan mata kasar) tapi aku melihat Allah dengan mata hati”



Hazrat maulana telah bertanya kenapa hari ini kita tidak ada kesukaan untuk membaca Quran. Solat tidak khusyuk? Beliau sendiri menjawab kerana telinga, mata, mulut hingga hati kita telah sakit. Tidak ada mana-mana pakar pun yang mampu mengesan dan mengetahui sakit-sakit ini. Telinga kita sakit tak suka dengar bacaan Quran kerana telinga telah digunakan untuk mendengar lagu-lagu syaitan(yang melalaikan). Mata telah lihat aurat wanita, tengok anak dara orang! Tegas maulana. Mulut cakap yang tak baik. Akhirnya hati keras. Tiada satu pakar hati pun yang mampu mengesan sakit ini.



Sakit yang sebenar bukanlah sakit luaran. Kemudian maulana menceritakan kisah nabi Ayyub r.a yang menderita kerana sakit yang teruk. Hingga badan baginda a.s dimakan ulat-ulat. Baginda diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian. Kekayaan hilang, ditinggalkan isteri, sakit teruk. Baginda tetap berdoa dan sabar kira-kira 18 tahun. Apabila baginda sihat dia telah ditanya “bagaimana keadaanmu ketika kamu sakit”. Baginda menjawab “ketika sakit ialah masa-masa bahagia aku kerana aku dekat dengan Allah!”. Maulana menjelaskan sakit yang sebenar ialah sakit dalaman iaitu iman. Sakit luaran(fizikal, demam, eksiden, patah kaki etc) ialah rahmat (Allah nak ampun dosa dan tingkatkan darjat).



Maulana berkata juga. Carilah hati kita dalam 3 perkara. Pertama ketika membaca Quran, adakah hati kita senang dengan Quran atau kita selalu perasan sibuk atau terus tukar channel (ini aku tambah). Jika tidak. Kedua carilah hati ketika berzikir. Adakah kita ingat Allah dan insaf dan sedar diri. Jika tidak. Ketiga carilah hati di dalam solat. Adakah tumpuan kita hanya pada Allah. Kalau dengan ketiga-tiga ini kita tak jumpa hati maka berdoalah kepada Allah agar kita diberikan hati oleh Allah kerana kita sudah tiada hati lagi. Isk3



Maulana turut mengingatkan bahawa kebahagian umat ini hanya dalam agama (islam). Kita taat perintah Allah dan sunnah nabi saw. Allah akan beri kebahagiaan. Selain daripada agama kita tidak akan pernah bahagia. Kita hanya ditipu. Kita dengar lagu, nyanyi dan buat macam-macam yang kita sangka bahagia tapi hakikatnya kita tak bahagia. Allah tak letak kebahagiaan sebenar kat dunia ini. Maulana sempat kakuzari(laporan) bahawa di barat ada seorang pencipta lagu “don’t worry be happy”. Lagu beliau telah tersebar dan berjuta telah terjual di seluruh dunia. Tapi apa kesudahannya? Pencipta lagu itu sendiri telah mati bunuh diri kerana tak bahagia. Di mana kebahagiaan?


Maulana juga menyentuh berkenaan dengan solat. Hari ini kita telah solat dengan sangat tak khusyuk. Kita solat dengan yakin yang lemah terhadap kebesaran Allah. Sepatutnya dengan solat kita dekat dengan Allah. Boleh dapatkan pertolongan Allah. Maulana kata hari ini kita solat minta perkara yang sangat dasyat iaitu syurga. Tapi sayang kerana lemahnya iman yakin kita. cuba kita solat 2 rakaat kemudian minta 2 keping roti pada Allah. Itupun kita ragu-ragu. Bagaimana kita nak dapat surge Allah dengan solat sebegini?


Banyakkan solat sunat untuk training khusyuk


Hazrat sheikh juga sempat menyentuh tentang sunnah solat terawih. Beliau kata solat terawih ialah sunnah yang diwariskan oleh nabi saw kepada umat ini dalam bulan Ramadan yang mulia. Setiap sujud dalam solat terawih mengandungi 1500 hasanah. Betapa ruginya kalau kita tak rebut peluang ini. Maulana juga berkata kalaulah setiap kali sujud akan muncul rm1500 di bawah sejadah kat masjid sri petaling ini, pasti dan pasti semua orang, pakcik-pakcik, makcik-makcik akan berpusu-pusu untuk kerjakan solat terawih di sini. Begitulah terlalu fahamnya ummat ini tentang dunia. Isk3. Bayangkan lagi bagaimana perasaan nabi saw?



Di hujung-hujung bayan maulana kelihatan sangat-sangat emosi. Beliau tidak dapat menahan kesedihan ketika menceritakan tentang keperitan yang ditanggung oleh ketua kita Muhammad saw. beliau telah menangis. Translator BM yang berwajah tegas turut mengalirkan air mata. Maulana bercerita bagaimana kesusahan nabi saw. menanggung dan menahan kesakitan akibat kelaparan yang amat sangat. Baginda saw telah kesakitan perut lalu baginda saw mengikat perutnya dengan beralas 3 biji batu. Fatimah r.ha bertanya “kenapa ayah buat begitu?” nabi saw jawab “aku tersangat lapar…”. Sehinggakan nabi saw meminta Fatimah r.ha menekan-nekan perutnya untuk mengurangkan sakit. Ya Allah ampunkanlah dosa saya. Hari-hari saya kenyang. Isk3. Maulana sambung lagi. Selama 4 hari nabi saw yang mulia tidak makan kerana ketiadaan makanan. Baginda saw telah hidup dalam kesusahan dan keperitan. Dalam keadaan begitu Baginda saw telah mengutip sebiji kurma yang terbiar di jalan. Sahabat telah berkata aku sendiri tidak lalu untuk memakan kurma itu. Nabi saw berkata sudah 4 hari perut aku tak dimasuki makanan. Hazrat umar r.a menangis mendengarkan ini. Sewaktu ini terdengar sayup-sayup tangisan kesedihan oleh orang-orang yang hadir. Isk3.

Maulana juga menambah bahawa nabi saw telah ditawarkan oleh Allah akan emas (iaitu harta). Namun baginda saw berdoa supaya dia dijadikan nabi yang hamba kepadaNya. Nabi saw berdoa supaya menjadi orang miskin. “Cukuplah satu hari aku kenyang dan satu hari aku berlapar. Supaya bila kenyang aku bersyukur dan bila lapar aku bersabar” itulah doa nabi saw yang mulia. Nabi saw telah bergerak menyebarkan iman dan islam dalam keadaan yang sangat susah-payah. Nabi saw menitiskan air mata setiap kali teringatkan kita. Bagaimana dengan kita?. Maulana sangat kesedihan ketika menceritakan keadaan kepayahan nabi saw.




Di hujung bayan maulana telah taskil semua orang yang hadir untuk memberi masa keluar di jalan Allah 4 bulan. Semua yang hadir telah bangun memberi keazaman.


selepas taskil dibuat. hazrat maulana berdoa dan diaminkan oleh semua yang ada di masjid. suasana penuh dengan tangisan hiba. isk3.






Semoga Allah muliakan hazrat maulana di akhirat kelak. Ameen.



Selepas bayan. Masing2 sibuk bermuzakarah. Beberapa minit lepas snap. Maulana fiq kofallah muncul.

Jows beliau! Hehe.

*****************





Minahsabah muhasabah la kembali diri kita.

Apakah sunnah nabi saw yg telah saya amalkan?










Solat berjemaah,

di awal waktu,

di masjid/surau

ialah sunnah nabi saw

yang diwariskan

kepada orang laki-laki.













Nabi saw yang mulia berpesan bahawa

“barangsiapa yang menghidupkan sunnahku di zaman kerosakan ummat maka Allah mengganjari dia 100 pahala mati syahid”












Itu saja yang gua catatkan setakat nih. Sebenarnya banyak lagi. Tapi asbab kelemahan gua kurang tawajuh, itu saja yang gua sempat catat. Kepala gua dah pening. Mak gua pun dah suruh makan panadol. Ingat panadol tak bagi sembuh tapi Allah yang bagi sembuh!









p/s: selamat sahur! Gua sahur 2 biji panadol hari ini.

Sunday, August 14, 2011

syamail muhammadiah




assalamualaikum wbt.




barangsiapa mengamalkan sunnahku maka dia mencintai aku, barangsiapa yang mencintai aku maka bersama-samaku dalam syurga (mafhum hadis)



























“Cintai kekasihNya seperti mereka mencintai kekasihNya,

Pasti Dia akan mencintai kita seperti Dia mencintai mereka”

























Mereka sahabat-sahabat nabi saw. yg diredhoi Allah di dunia ini lagi.
















p/s: semoga Allah beri taufiq dan hidayah untuk kite amalkan dan sampaikan...selamat berpuasa!

Friday, August 12, 2011

sekeping hati




assalamualaikum wbt.



izinkan gua nak bernasyid





lagu ini gua tujukan kepada semua mereka di luar sana yang sibuk bermujahadah menekan hawa nafsu demi agama walaupun mereka tak tahu gua di sini.





dan khas buat anda kerana sibuk blogwalking. hampeh






terimalah dari gua







"satu keping hati"
(luorang kene klik play la..baru gua nyanyi)














sedap tak gua nasyid? ok, sedap. gua dah tahu
















“Mengharap senang dalam berjuang, bagai merindu rembulan di tengah siang

Jalan yang tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba”














p/s: Series gua suka lagu ni sejak gua kecik. cume suka nyanyi la. He he.

p/s 2: ahad ni(esok) ada jor(perhimpunan) umat islam. nasihat oleh maulana dpd south africa di masjid jamek sri petaling. jam 11 pagi-1 ptg. sume dijemput hadir.

Thursday, August 11, 2011

hati kita sama








“umpama span, menyerap air di sekeliling

Jika bersih air itu, maka bersih span itu

Bila diperah pasti yang keluar ialah air bersih itu”








"iman yang betul datang daripada hati yang betul dan hati yang betul datang daripada percakapan yang betul" (mafhum hadis)





Apakah percakapan yang betul itu?









Wednesday, August 10, 2011

Perubahan peribadi Jason Perez asbab hidayat 55 orang ikut memeluk Islam



assalamualaikum wbt.




Allah maha kuasa, makhluk langsung takda kuasa. kejayaan dan keselamatan dalam amalan agama yang diajar oleh nabi Muhammad saw. selain dari itu kegagalan yang nyata.


pagi-pagi ramadan ke-8 gua jenjalan kat blog sana-sini. last-last gua jumpa satu berita baik. jadi, rasenyer molek bebenar la kalau gua kongsikan kat sini.


laporan agama daripada negara bush. gua rembat daripada sini.






Tayangan The New Muslim Cool sangat menyentuh masyarakat awam di Amerika Syarikat. Di dalamnya berisi tentang pengalaman rohani salah seorang rapper negara itu,Jason Perez - namanya menjadiHamza Perez setelah masuk Islam dan pandangannya tentang agama.

Berikut ini petikan dari wawancara islamicbulletin.com dengan Jason:

Islamicbulletin: Bolehkah anda ceritakan sedikit tentang diri anda?

Jason: Saya lahir di Brooklyn, NY. Saya dibesarkan di sebuah projek perumahan di seberang jalan masjid. Ibu saya membesarkan saya di sana. Setelah saya besar, kami pindah ke Puerto Rico, dan setelah itu kami pindah ulang-alik antara Massachusetts dan Puerto Rico.

IB: Dapatkah anda menceritakan sedikit tentang pendidikan agama anda?

J: Ya, ibu saya Katolik. Tapi, nenek saya di Puerto Rico adalah Pembaptis. Ketika sekolah, saya selalu di sekolah Katolik.

IB: Bagaimana anda boleh berpindah menjadi Muslim?

J: Saya memiliki seorang teman bernama Louie Ekuador. Kami membesar bersama, dan kemudian kami terlibat dalam penjualan dadah bersama-sama. Saya adalah pencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya cuba kehidupan jalanan dan ubat-ubatan tapi ia hanya membuat saya lebih tertekan. Meskipun kami menghasilkan wang, tidak memberi kami rasa atau kepuasan kebahagiaan.

Suatu hari, dia berjalan di masjid, dan dia duduk di tangga. Seorang Muslim mendekatinya dan bertanya apa yang dia lakukan di sana dan mulai berbicara kepadanya tentang Islam. Dan dia akhirnya menjadi seorang Muslim. Kami tahu masjid ini kerana kami dibesarkan di jalan, tapi, kami tak pernah tahu tentang Muslim dan ajarannya. Satu-satunya hal yang kami tahu tentang mereka adalah bahawa mereka membunuh kambing. Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat dimana kambing dibunuh. Jadi kita akrab dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Louise berakhir menjadi Muslim dan sempat menghilang selama 40 hari. Dia pergi dengan Jamaah Tabligh (komuniti guru Islam) menyebarkan Islam.

Namanya pun berubah, menjadi Lukman. Suatu hari Lukman datang berpakaian serba putih dengan seorang syeikh bernama Iqbal. Kami sedang bermain dadu, minum, dan merokok ketika itu. Tiba-tiba saya lihat sisi berbeza darinya. Dia kelihatan lebih bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya. Saya fikir, sesuatu yang serius telah terjadi dalam hidupnya. Jadi, saya meninggalkan orang lain yang minum dan merokok dan berjalan ke arah mereka. Di sana, syeikh bertanya apakah aku percaya bahawa hanya ada satu Allah. Aku berkata, "Ya." Dan kemudian dia bertanya apakah saya percaya pada Nabi Muhammad. Terus terang, saya tak pernah tahu tentang Muhammad s.a.w, tapi saya melihat cahaya dalam watak dan wajah Luqman teman saya, jadi saya percaya. Ketika itu juga saya minta dituntun mengucapkan syahadah, di pinggir jalan. Adik saya yang menyaksikan, ikut pula bersyahadah.

IB: Bagaimana reaksi orang tua anda terhadap anda yang menerima Islam?

J: Keluarga saya pada mulanya kesal. Tetapi setelah mendapati kami bebas dari dadah dan jauh dari kegiatan berbahaya lainnya, mereka menyukainya. Ibu saya sangat menyokongnya. Dia fikir itu sangat positif. Saya pun menjadi lebih peduli padanya; Saya membantu dalam urusan rumah tangga, dan melakukan apa pun yang dimintanya. Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tak pernah peduli padanya. Perubahan dalam diri saya membuat kakak saya menjadi Muslim juga. Kemudian salah seorang teman saya menjadi Muslim. Lebih dari 55 orang yang kami kenal menjadi Muslim. Kami kembali ke tempat yang sama kami gunakan untuk menjual ubat-ubatan dan memasang tanda yang mengatakan, "Heroin membunuh anda dan Allah menyelamatkan anda!" Jadi, anda tahu, ramai dari mereka dipengaruhi oleh Lukman. Termasuk saya.

IB: Apakah anda pernah menemui masalah dengan penerimaan Islam anda?

J: Pada awalnya, kerana saya baru Muslim, saya fikir saya harus mendengar setiap apa yang dikatakan seorang Muslim. Saya benar-benar tidak ada arah. Beberapa orang mengajarkan saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain yang berjanggut panjang dan 'pakaian aneh' mereka. Sampai kemudian di satu titik: mengkritik orang menjadi lebih sering sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Saya mulai kehilangan rasa manis yang saya alami ketika saya pertama kali menjadi Muslim. Kemudian saya melewati sebuah transformasi besar; hanya melihat kesalahan diri dan bukan kesalahan orang.

IB: Apakah anda lihat kesamaan antara Islam dan agama-agama lain?

J: Ya, tentu saja. Ini semua berhubung. Saya tahu siapa Yesus, saya lihat gambar yang dikaitkan dengannya, tapi saya tidak benar-benar tahu tentang Yesus selain Natal, dan ayat-ayat yang kami baca diarahkan kepada kita oleh para imam dan pendeta. Kadang-kadang saya merasa kini saya menjadi pengikut Kristus dengan cara yang lebih baik setelah saya menjadi Muslim. Isa adalah Nabi-Nya, bukan Tuhan.

IB: Apa kesan yang Islam telah lakukan pada kehidupan anda?

J: Islam telah membuka mata saya untuk kesalahan saya sendiri. Sebelumnya, saya punya hal yang disebut nafs. Saya tidak tahu tentang nafs. Islam membuat saya sedar bahawa, di jalanan, anda selalu mencari musuh. Dan Islam mengajarkan saya bahawa, dalam rangka untuk menemui musuh saya, saya harus melihat di cermin. Musuh saya adalah diri saya sendiri, iaitu nafsu saya.





p/s: hidayat along petna!


Tuesday, August 9, 2011

tipah dah tak tertipu?





Assalamualaikum wbt.





Tahun lepas-lepas-lepas, entah tahun bila aku tak ingat. Yang penting aku masih sekolah menengah masa tu. Pikir main lagi. Ditakdirkan Allah, suatu malam aku pergi melawat makcik aku yang tak berapa nak sihat kat hospital subang jaya. Sedara-sedara aku yang lain pun ada.


Jadi paham-paham la kalau bebudak dah jumpe geng. Habis satu hospital aku raun dengan sepupu aku. Tingkat demi tingkat kitorang terjah. Penat guna lift kitorang guna tangga pulak. Huh.


Sampailah kat satu ward ni. Ward bersalin kot. Sebab ada gambar ibu dan anak baby kalau tak silap. Kitorang pun jalan dan usher sana-sini. Macam supervisor la. Akhirnya kitorang tertarik pada satu bilik rehat kecil. Sebab ada tingkap yang view luarnya cantik. Kitorang pun pakai terjah je masuk tak bagi salam. terus berkejar ke tingkap tanpa melihat kiri kanan. Bila aku pusingkan badan tetiba ada sorang mamat la kat dalam bilik tu.


korang kenal tak?? ini ummat nabi saw



dia datang kat kitorang terus bersalaman sambil mensedekahkan aku senyumannya. aku dengan sepupu aku pun tergamam seketika. "eh, ini abang azan ruffedge!!" hehe.. sepupu aku tanya dia buat apa kat sini sambil aku masih tergamam seolah-olah tak percaya. huh. (gua antara peminat kump. ruffedge suatu ketika dulu)


rupe2nya ahlia/orang rumah dia bersalin. anak ke 2 atau ke 3. aku dah lupa. abang azan ni memang sporting dan ramah orangnya. sempat jugaklah aku berbual secara eksklusif dengan dia. ada jugaklah dia nasihat aku waktu tu. nasihat untuk anak-anak muda la orang kata. tapi aku dah lupa. isk3


kenangan bersama beliau adalah merupakan satu-satunya kenangan bersama artis secara eksklusif aku. he he he.



********************


tipah tertipu terpipu terpipah...arghhh, wat eva!


lagu tipah tertipu dulu antara siulan anak-anak muda. antaranya aku. eh, lama tak tak dengar dah...


sebenarnya dah lama aku tak update pasal artis-artis ni. tapi korang perasan tak? ruffegde dengan V.E dah lama tak dengar cerita?


gua pun baru perasan beb...patut la member gua yang fanak dengan ruffedge pun dah slow sekarang..


rupa2nya diorang dah dapat hidayat! Alhamdulillah! Allahuakbar! hidayat hidayat!


serba sunnah beb! wa salute sama lu brader!




ruffedge bergabung V.E bergabung innuendo = al-mawlid



Allah yang bagi hidayah


sejuk perut gua tengok mereke2 ni...eh silap, hati gua.


tahun lepas jemaah student uitm shah alam keluar 3 hari kat masjid hijau kat kilang gula batu 3 shah alam. terserempak dengan abang azan. sempatlah lepak dan beborak dengan jemaah. tapi sayang, aku datang lambat pulak. tak sempat jumpe. huhu. Allah belum bagi jumpe.


abang azan sekarang...masyaAllah!



bila kita tingkatkan lagi korban untuk agama. Allah akan sebarkan hidayat insyallah. kita akan dengar di kampung sana orang masuk islam. di negara ini orang masuk islam. artis ni dapat hidayat. menteri ni dapat hidayat.


moga Allah istiqomahkan kita dan libatkan kita dengan usaha agama yang nabi saw telah wariskan kepada kita ummatnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...