Assalamualaikum wbt.
Tetiba gua terkenang kenangan tahun lepas gua kuar 40 hari. Amirsab walaupun tegas namun tetap cool dengan lawak-lawak spontan. Satu hari selepas makan tengah hari amirsab kumpul semua orang dan muzakarah. Muzakarah ringkas. Muzakarah tentang fadhilat hisap rokok. Budak-budak sume khusyuk dengar. Seronok betul. Amirsab memang berhikmah sungguh. Die muzakarah sebab nak pancung budak-budak yang hisap rokok. Sape makan “burger segamat” dia lah terasa sedapnya!
Ok, gua kongsi.
4 fadhilat/kelebihan menghisap rokok:
1) Rambut tidak tumbuh uban
2) Rumah tidak dimasuki pencuri
3) Tidak dikejar anjing
4) Ok, gua lupe..huhu
lagi kelebihan merokok
Keterangan:
1) Rambut tidak tumbuh uban.
Berkemungkinan besar perokok-perokok tidak sempat tua dan tumbuh uban. Ye la, muda-muda lagi dah mampos kembali ke rahmatullah asbab sakit paru-paru.
2) Rumah tak dimasuki pencuri
Macam mana pencuri nak masuk? Pukul 2 3 pagi masih “kung kang kung kang” terbatuk-batuk. Pencuri pun tension, orang ni tak tidur ker hape? Lastly diorang pun blah…isk3
3) Tidak dikejar anjing
Macam mana anjing nak kejar. Bau busyuk. Anjing pun tak suka bau orang merokok nih. Huhu
4) Sebenarnya ade 4 fadhilat. Tapi series gua betol-betol lupe. Isk3.
Memanglah dalam Quran ada sebut “rokoklah bersama-sama orang yang merokok”. Itu bukan suruh orang hisap rokok brader. Itu ayat suruh orang solat berjemaah! Tegas amirsab sambil buat muka comel. Hehe.
p/s: ini bukan hadis
Memang berhikmah...
ReplyDelete(^-^)
kalau tak silap yang keempat tu ada kaitan dengan tulang..
ReplyDeleteRuMaH TuA :
ReplyDeleteemm, mmg pun. die berhikmah. bila gua ckp je, terus hilang hikmah. isk3
hariz chacho:
tulang? emm. entah la. betul2 x ingat.