keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, August 17, 2011

nasihat maulana ahmed sulaiman al-katani






Assalamualaikum wbt.



Hari ahad lepas yang baru-baru ni. 14 ogos 2011. Kalau luorang nak tau, sebenarnya Seorang alim kabir Hazrat sheikh maulana ahmed sulaiman al-katani d.b daripada south africa telah dihantar oleh Allah ke masjid jamek sri petaling. Beliau telah digunakan oleh Allah untuk memberi nasihat agama kepada semua yang hadir dengan sangat bersemangat! Beliau sangat la fasih bahasa inggeris. Terkulat-kulat jugak gua nak paham…haha.


Ok, gua tak rekod pulak bayan(nasihat) beliau kat mana-mana perakam. Tulis kat buku nota pun tak jugak sebab gua terlupa nak bawak. Jadi gua cube ingat guna otak kurniaan Allah nih. Sebelum gua lupa elok benar kalau gua catat kat blog. Leh kongsi dengan luorang sikit2. Insyallah. Maulana bayan bahasa inggeris(BI) tapi gua catat bahasa melayu(BM) la ea. Mula-mula gua memang bersemangat nak dengar bayan maulana dalam BI. Tapi disebabkan gua bersama student sekolah yang masih merangkak-rangkak terpaksalah gua ikram mereka duduk bayan terjemahan BM. (alasan jer tuh..hehe)


Ok, gua mula mengingat! (ringkasan je, tak detail)



*********************


Bismillahirahmanirrohim.




Di awal bayan maulana telah memuji-muji Allah. Membaca beberapa kerat ayat Quran dan beberapa hadis nabi yg mulia Muhammad saw.


Sheikh memulakan bayan dengan menceritakan tentang kehebatan, keagungan dan kebesaran Allah. Segala-galanya tidak ada kecuali hanya Allah yang satu. Allah tidak berawal dan tidak berakhir. Mafhumnya Allah maha berkuasa. Allah pencipta. Allah ialah raja. Allah menguasai segala-galanya! Sheikh mengatakan betapa agungnya dan hebatnya Allah sehingga tidak ada satu perkataan pun yang mampu diluahkan untuk memuji dan menyatakan kehebatan Allah. Kebesaran Allah tidak mampu untuk diungkapkan kerana tersangat dasyatnya kekuasaan Allah. Oh kasih ku, cintaku x dpt diungkap dgn kata2. Isk3. Allah yang buat segala-galanya. Semua perkara terjadi dengan kehendak Allah!



Kemudian beliau memuji-muji nabi saw. beliau menyatakan bahawasanya, jikalau dikumpulkan semua akal fikiran manusia sedari zaman nabi Adam a.s hingga akal manusia yang terakhir. Ianya hanya ibarat sebutir pasir jika nak dibandingkan dengan akal yang Allah kurniakan kepada nabi saw. kebijaksanaan rasulullah tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pun. Tingkah-laku nabi saw ialah kesukaan Allah. Nabi saw telah bermati-matian untuk menyelamatkan umat ini daripada azab dengan mengikuti baginda saw. tapi apa kita kata? “eleh, ini sunnah jer..tak buat tak per” sambil buat muka toyer (translator menggayakan). Kite takleh nak bayangkan ape perasaan nabi saw.



Nabi saw sentiasa berada dalam kerisauan dan bimbang akan umatnya. Siang hari baginda sibuk mengingatkan manusia kepada Allah dan akhirat. Malam hari baginda solat dan berdoa menangis di hadapan Allah. Walaupun baginda penuh dengan kerisauan dan kepenatan namun baginda akan memasuki rumah dengan senyuman seolah-olah tiada kesusahan kata isteri baginda saw. dan di malam hari baginda saw akan solat dan berdoa dengan menangis hingga kantoi oleh isterinya. Lalu nabi saw tersedar lalu berhenti dan datang kepada isteri lalu bertanya “apa yang menyebabkan kau menangis?” lalu isterinya menjawab “kau ialah nabi, telah menangis sebegiturupa apalagi aku insan yang biasa”. Jadi kita bila pulang ke rumah hendaklah kita kawal fikir risau kite dan senyum kepada isteri. (fikir risau kerja dunia ade ler..). gua belum kahwin lg. harap-harap sempat amal sunnah ni. Hehe.



Maulana menceritakan tentang masa. Allah tidak terikat dengan masa. Masa juga ialah makhluk ciptaan Allah. Allah bebas daripada sebarang masa. Allah yang mengawal masa. Kisah pemuda kahfi walaupun telah tidur selama 309 tahun. Di luar gua masa telah berubah namun di dalam gua mereka seola-olah baru saja tidur. Sesiapa saja akan kalah untuk berperang dengan masa. Maulana kata gengkhis khan ialah raja yang kuat menyangka dirinya akan menguasai dunia, namun telah kalah dengan masa kerana maut menjemputnya. Begitu juga dengan raja Harun ar-rasyid. Walaupun mempunyai kerajaan yang besar yang merangkumi beberapa Negara besar. Yang dirajai oleh seorang. Dia pun kalah dengan masa. Maut menjemputnya. Kemudian maulana menceritakan tentang seorang kaya di barat yang mempunyai segala kemewahan, lalu berkata “walaupun saya ada semua, tapi saya tak pasti adakah saya sempat menikmati semua ini”. Pendek cerita kite sume akan tewas, kerana maut akan sampai pada kita bila-bila masa. Isk3.



Dalam bayan maulana juga menceritakan kisah seorang yaman berjumpa saidina Ali r.a dengan niat yang tak baik. Dia bertanya kepada Ali r.a. “wahai Ali, kau sembah Allah. adakah engkau melihat Allah?” maulana seterusnya menceritakan keistimewaan Ali r.a yang bijaksana. Sewaktu kecil rasulullah telah meletakkan air liur baginda saw ke lelangit Ali r.a. justeru, Ali telah diberi ilmu yang luar biasa oleh Allah. Maulana memberitahu bahawa jika saidina Ali r.a ingin mentafsirkan surah al-fatihah saja sudah memakan masa yang terlalu lama. Bukan sejam dua jam. Tapi berbulan-bulan lantaran ilmu yang sarat. Untuk mentafsirkan huruf “ba” di awal al-fatihah saja memakan masa 4 bulan. Allahuakbar!. Berbalik kepada kisah Ali r.a dengan seorang yaman tadi. Ali r.a telah menjawab dengan penuh keimanan. “aku tidak akan sembah Allah jika aku tidak melihatNya, aku tidak melihat Allah dengan mata (pandangan mata kasar) tapi aku melihat Allah dengan mata hati”



Hazrat maulana telah bertanya kenapa hari ini kita tidak ada kesukaan untuk membaca Quran. Solat tidak khusyuk? Beliau sendiri menjawab kerana telinga, mata, mulut hingga hati kita telah sakit. Tidak ada mana-mana pakar pun yang mampu mengesan dan mengetahui sakit-sakit ini. Telinga kita sakit tak suka dengar bacaan Quran kerana telinga telah digunakan untuk mendengar lagu-lagu syaitan(yang melalaikan). Mata telah lihat aurat wanita, tengok anak dara orang! Tegas maulana. Mulut cakap yang tak baik. Akhirnya hati keras. Tiada satu pakar hati pun yang mampu mengesan sakit ini.



Sakit yang sebenar bukanlah sakit luaran. Kemudian maulana menceritakan kisah nabi Ayyub r.a yang menderita kerana sakit yang teruk. Hingga badan baginda a.s dimakan ulat-ulat. Baginda diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian. Kekayaan hilang, ditinggalkan isteri, sakit teruk. Baginda tetap berdoa dan sabar kira-kira 18 tahun. Apabila baginda sihat dia telah ditanya “bagaimana keadaanmu ketika kamu sakit”. Baginda menjawab “ketika sakit ialah masa-masa bahagia aku kerana aku dekat dengan Allah!”. Maulana menjelaskan sakit yang sebenar ialah sakit dalaman iaitu iman. Sakit luaran(fizikal, demam, eksiden, patah kaki etc) ialah rahmat (Allah nak ampun dosa dan tingkatkan darjat).



Maulana berkata juga. Carilah hati kita dalam 3 perkara. Pertama ketika membaca Quran, adakah hati kita senang dengan Quran atau kita selalu perasan sibuk atau terus tukar channel (ini aku tambah). Jika tidak. Kedua carilah hati ketika berzikir. Adakah kita ingat Allah dan insaf dan sedar diri. Jika tidak. Ketiga carilah hati di dalam solat. Adakah tumpuan kita hanya pada Allah. Kalau dengan ketiga-tiga ini kita tak jumpa hati maka berdoalah kepada Allah agar kita diberikan hati oleh Allah kerana kita sudah tiada hati lagi. Isk3



Maulana turut mengingatkan bahawa kebahagian umat ini hanya dalam agama (islam). Kita taat perintah Allah dan sunnah nabi saw. Allah akan beri kebahagiaan. Selain daripada agama kita tidak akan pernah bahagia. Kita hanya ditipu. Kita dengar lagu, nyanyi dan buat macam-macam yang kita sangka bahagia tapi hakikatnya kita tak bahagia. Allah tak letak kebahagiaan sebenar kat dunia ini. Maulana sempat kakuzari(laporan) bahawa di barat ada seorang pencipta lagu “don’t worry be happy”. Lagu beliau telah tersebar dan berjuta telah terjual di seluruh dunia. Tapi apa kesudahannya? Pencipta lagu itu sendiri telah mati bunuh diri kerana tak bahagia. Di mana kebahagiaan?


Maulana juga menyentuh berkenaan dengan solat. Hari ini kita telah solat dengan sangat tak khusyuk. Kita solat dengan yakin yang lemah terhadap kebesaran Allah. Sepatutnya dengan solat kita dekat dengan Allah. Boleh dapatkan pertolongan Allah. Maulana kata hari ini kita solat minta perkara yang sangat dasyat iaitu syurga. Tapi sayang kerana lemahnya iman yakin kita. cuba kita solat 2 rakaat kemudian minta 2 keping roti pada Allah. Itupun kita ragu-ragu. Bagaimana kita nak dapat surge Allah dengan solat sebegini?


Banyakkan solat sunat untuk training khusyuk


Hazrat sheikh juga sempat menyentuh tentang sunnah solat terawih. Beliau kata solat terawih ialah sunnah yang diwariskan oleh nabi saw kepada umat ini dalam bulan Ramadan yang mulia. Setiap sujud dalam solat terawih mengandungi 1500 hasanah. Betapa ruginya kalau kita tak rebut peluang ini. Maulana juga berkata kalaulah setiap kali sujud akan muncul rm1500 di bawah sejadah kat masjid sri petaling ini, pasti dan pasti semua orang, pakcik-pakcik, makcik-makcik akan berpusu-pusu untuk kerjakan solat terawih di sini. Begitulah terlalu fahamnya ummat ini tentang dunia. Isk3. Bayangkan lagi bagaimana perasaan nabi saw?



Di hujung-hujung bayan maulana kelihatan sangat-sangat emosi. Beliau tidak dapat menahan kesedihan ketika menceritakan tentang keperitan yang ditanggung oleh ketua kita Muhammad saw. beliau telah menangis. Translator BM yang berwajah tegas turut mengalirkan air mata. Maulana bercerita bagaimana kesusahan nabi saw. menanggung dan menahan kesakitan akibat kelaparan yang amat sangat. Baginda saw telah kesakitan perut lalu baginda saw mengikat perutnya dengan beralas 3 biji batu. Fatimah r.ha bertanya “kenapa ayah buat begitu?” nabi saw jawab “aku tersangat lapar…”. Sehinggakan nabi saw meminta Fatimah r.ha menekan-nekan perutnya untuk mengurangkan sakit. Ya Allah ampunkanlah dosa saya. Hari-hari saya kenyang. Isk3. Maulana sambung lagi. Selama 4 hari nabi saw yang mulia tidak makan kerana ketiadaan makanan. Baginda saw telah hidup dalam kesusahan dan keperitan. Dalam keadaan begitu Baginda saw telah mengutip sebiji kurma yang terbiar di jalan. Sahabat telah berkata aku sendiri tidak lalu untuk memakan kurma itu. Nabi saw berkata sudah 4 hari perut aku tak dimasuki makanan. Hazrat umar r.a menangis mendengarkan ini. Sewaktu ini terdengar sayup-sayup tangisan kesedihan oleh orang-orang yang hadir. Isk3.

Maulana juga menambah bahawa nabi saw telah ditawarkan oleh Allah akan emas (iaitu harta). Namun baginda saw berdoa supaya dia dijadikan nabi yang hamba kepadaNya. Nabi saw berdoa supaya menjadi orang miskin. “Cukuplah satu hari aku kenyang dan satu hari aku berlapar. Supaya bila kenyang aku bersyukur dan bila lapar aku bersabar” itulah doa nabi saw yang mulia. Nabi saw telah bergerak menyebarkan iman dan islam dalam keadaan yang sangat susah-payah. Nabi saw menitiskan air mata setiap kali teringatkan kita. Bagaimana dengan kita?. Maulana sangat kesedihan ketika menceritakan keadaan kepayahan nabi saw.




Di hujung bayan maulana telah taskil semua orang yang hadir untuk memberi masa keluar di jalan Allah 4 bulan. Semua yang hadir telah bangun memberi keazaman.


selepas taskil dibuat. hazrat maulana berdoa dan diaminkan oleh semua yang ada di masjid. suasana penuh dengan tangisan hiba. isk3.






Semoga Allah muliakan hazrat maulana di akhirat kelak. Ameen.



Selepas bayan. Masing2 sibuk bermuzakarah. Beberapa minit lepas snap. Maulana fiq kofallah muncul.

Jows beliau! Hehe.

*****************





Minahsabah muhasabah la kembali diri kita.

Apakah sunnah nabi saw yg telah saya amalkan?










Solat berjemaah,

di awal waktu,

di masjid/surau

ialah sunnah nabi saw

yang diwariskan

kepada orang laki-laki.













Nabi saw yang mulia berpesan bahawa

“barangsiapa yang menghidupkan sunnahku di zaman kerosakan ummat maka Allah mengganjari dia 100 pahala mati syahid”












Itu saja yang gua catatkan setakat nih. Sebenarnya banyak lagi. Tapi asbab kelemahan gua kurang tawajuh, itu saja yang gua sempat catat. Kepala gua dah pening. Mak gua pun dah suruh makan panadol. Ingat panadol tak bagi sembuh tapi Allah yang bagi sembuh!









p/s: selamat sahur! Gua sahur 2 biji panadol hari ini.

8 comments:

  1. assalamualaikum wbt.

    kdg2 kita lupa hingga meng"idola"kan penyanyi dan pelakon sedangkan yg sebaik2 idola dan tauladan adalah Muhammad Ya RAsulullah SAW. semoga kita dapat mengubah persepsi itu dan menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai tauladan. insyaAllah. salam nuzul al-quran.

    p/s: ada migrain yek? sebb kerap sakit kepala. berbuka nnti cuba amalkan madu dan kurma. sesekali cuba habbatus sauda. insyaAllah
    dapat kurangkan kekerapan sakit kepala.

    ReplyDelete
  2. to nam:

    - waalaikumussalam wbt.

    benar! moga Allah beri taufik pada saya dan seluruh umat utk amal sunnah nabi saw.

    "salam nuzul quran" tu sunnah ker? moga Allah beri taufik utk baca quran dan amal juga. ameen.

    bukan migrain. tapi sakit kepala mengada2. kejap elok kejap pening. madu dan kurma? insyallah. huhu.

    ReplyDelete
  3. Syukran untuk perkongsian.
    Sama2 beramal.

    "Syafakallah"

    ReplyDelete
  4. maulana junior (farid faisal) has written back what senior maulana (syeikh sulaiman khatani) said in his bayan..oo Allah give him a lot of pleasures in this valuable month.ameen.

    ReplyDelete
  5. a'ah. nuzul al-quran sunnah ker x yek? :-)

    semoga cepat sembuh. selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  6. to RuMaH TuA:

    - afwan. syukran a'la du'a


    to misbah sobah:

    - im not maulana. im "mau lena".
    thanks 4 du'a. may Allah bless u my dear brader.


    to nam:

    - maksud aq "salam nuzul quran"? hehe

    ameen. slmt brpuase.

    ReplyDelete
  7. alamak. sori2. tersalah baca pulak. hehe.

    ReplyDelete
  8. masyaALLAH.....hampir setaun berlalu....stlh baca balik dri blog tuan meningatkan saya bayan maulana nie semula....gmbr terakhir kat bawah tue gmbr amir saf anta jemaah kmi sdg grak 40 ari...masa nie kita org dtg sbb nak ikram prof dri upm ngan ada berapa org brader lgi...mdah2an suma bermanfaat....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...