keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Friday, January 21, 2011

teman dalam kubur?

orang kata hidup tanpa sahabat tak bermakna. makan sorang2. pegi kelas sorang2. jalan2 sorang2. main jutaria sorang2. solat sorang2. cakap sorang2. masuk tandas sorang2. tidur pun sorang2 gak. lepas tu sorang2 cakap korang orang gila...isk3

tak kire ape care sekalipun mesti korang tak nak sorang2 betul tak?

sebab dah kompom la tak best bila korang solat sorang2 ye dak? mesti korang nak solat jemaah kan? baru pahala lebih...kan kan kan...

tak best la kalau member tgk ko makan sorang2...mesti korang nak belanja kan...pas tu dpt lah makan berjemaah....dalam talam pulak tuh...

tak best la bila korang jalan2 sorang2 kan....paling2 mesti nak ada member...nanti leh cerita2 kebesaran Allah....baru meningkat iman!!!

sampailah akhirnya korang masuk kubur sorang2 diri...time tu tak dapek den nak nolong ha...

baik macamana pon, kamcing macamana pon tinggal...takkan aku nak ikut korang kot? (insyallah nyusul)

jgn risau...

memang aku tak dapat nak teman kau kat dalam kubur yg gelap tu...tapi,

sebagai member yang menyayangi rakan pasti aku takkan biarkan kau sunyi sebab ade sorang sahabat akan teman kau kat sana...tau tak sapa?



nama beliau "al-mulk"


kenal tak?


yaa...surah tabaarakal lazi....pandai!!!






hasad dibenarkan utk 2 benda: 1) mereka yg belanjakan harta di jln Allah. 2) mereka yg sibuk baca quran


daripada Anas ibnu Malik r.a berkata:

nabi saw. telah bersabda: "sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak aada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabaarakal lazi". maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat.

maka surah itu menahan wajahnyya dan malaikat berkata kepada surah itu. sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemaanfaatan. sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah swt. dan mintalah shafaat daripadaNya.

maka diapun (surah) menemui Allah swt. dan berkata: "wahai tuhanku, si fulan in (si mati), dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabMu. Allah swt. berfirman: Aku nampak kamu marah". dia menjawab (surah): sesungguhnya saya marah. Allah swt. berfirman: "pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya".

Nabi saw. bersabda: "surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.

maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya dengan mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan menjaga saya.

maka surah itu bersama si mati dalam kubunya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian".

Anas berkata: "apabila nabi saw. khabarkan hadis ini maka tidak seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi saw. memanggil surah ini Al-Munjiah: iaitu yang menyelamatkan."

(HR. Ibnu Katsir)



p/s: moga Allah beri taufiq utk sy amal dan sampaikan dgn lisan kpd sahabat2 lain.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...