keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Friday, January 14, 2011

andai ku tahu?


12 jan 2011 jam lebih kurang 10.30 pm, aku tgh pekena teh ais kat warung dan tibe2....

telefon berbunyi....ade member sedang talipon..aku

aku: salam. sape nih?

member: ni pabong!

aku: owh...haa nape bong???

member: nya.........(nickname aku kat SR "sunya")

aku: haa...nape?

member: ko kenal dudek tak? (nada dah semacam...)

aku: dudek?? cam pernah dgr...(dah rasa lain macam)

member: alaa...budak bilik aku time part 6...

aku: owh...haha...kenal2...aku pernah main laptop dia...

member: sunya....

aku: haa...

member: dudek dah meninggal...dia aksiden siang tadi...

aku: ..............................................





note:
sebelum baca korang boleh play video dulu dgn level sound yg bersesuaian sebab entri ini 18sb (sb=sedih bangat!)




muhammad farhan ataupun dikenali sebagai dudek(nickname kat kolej SR) ialah salah sorang junior aku yg baik.

muda lagi. dlm 20 taun umur dia.

arwah sebilik dgn member rapat aku iaitu Pabong (fazlee), so aku selalu la bertandang ke bilik dia.

kematian suatu yg pasti dan sedang datang kpd kita tidak kira kita dlm keadaan sedia atau tidak, suka atau tidak.

dan KEMATIAN telah sampai kpd beliau.

di sini aku post buat sebahagian laporan akhbar buat member2 yg kempunan ataupon tak sempat dgr berita ttg beliau.


*********************************************************


Tak sempat jamah bekal

MELAKA: “Perjalanan esok agak jauh, malasnya nak balik Segamat!”, adalah status dalam Facebook pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor, kelmarin, sebelum dia maut akibat nahas jalan raya di Lebuh Raya Ayer Keroh berhampiran persimpangan lampu isyarat Gapam, di sini, semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila motosikal ditunggang Muhammad Farhan Abdul Rahim, 20, dipercayai bergesel dengan motosikal dinaiki rakannya menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke jalan raya.

Lebih memilukan mangsa juga kempunan menikmati makan tengah hari nasi bekal bersama lauk ayam masak kicap yang dibawa dari rumah neneknya di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, yang turut bertaburan di atas jalan raya.

Difahamkan, mangsa menunggang motosikal sendirian untuk ke rumah rakannya, Muhamad Asyraf Posari, 19, di Kampung Bukit Durian, Umbai, Merlimau, dekat sini untuk makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke kampus.

Mohd Asyraf berkata, sebelum kejadian, arwah menghubunginya kira-kira jam 10 pagi memaklumkan dia berada di Restoran Jejantas Ayer Keroh dan memintanya menunggu di sebuah stesen minyak di Ayer Keroh.


“Sebaik sampai untuk menjemputnya, arwah bertanya kenapa saya lewat sebelum kami bertolak ke Umbai, namun ketika menuruni kawasan berbukit menghampiri ke persimpangan lampu isyarat berkenaan, tiba-tiba motosikalnya bergesel dengan motosikal saya lalu terbabas.

“Saya dapat mengawal motosikal, tetapi motosikal arwah bergesel dengan sebuah Perodua Kancil di depan menyebabkan motosikalnya berpusing lalu dia terjatuh,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, di sini.

Mohd Asyraf berpatah balik dan melihat darah banyak keluar dari kepala rakannya itu.

Dia cuba mengangkat Muhammad Farhan yang ketika itu masih bernyawa dan menggigil, namun dilarang orang ramai yang bimbangkan kecederaannya bertambah parah.

Bagaimanapun, katanya, tidak lama kemudian rakannya itu menghembuskan nafas terakhir.

“Kami berjanji pulang ke (UiTM) Segamat selepas solat Zohor dan kejadian ini amat menyedihkan. Muhammad Farhan rakan yang baik dan kami memang rapat kerana pernah tinggal bersama selama setahun,” katanya.

Ibu mangsa, Aina Kassim, 49, berkata, dia dan suaminya, Abd Rahim Wahab, 58, reda dengan kejadian itu walaupun amat sedih.

Katanya, suaminya mengetahui kejadian malang itu selepas dihubungi polis dan datang mengambilnya di tempat kerja.

“Saya amat terkejut. Baru malam tadi (kelmarin), kami sekeluarga makan bersama dan ketika itu Muhammad Farhan kelihatan gembira sambil menonton filem Seniman Bujang Lapok di televisyen.

“Itulah kali terakhir saya melihatnya sebelum keluar bekerja kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam),” katanya sebak ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, di sini.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintendan Poon Nam E Kling berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila motosikal dinaiki mangsa yang berada di belakang bergesel dengan motosikal ditunggang rakannya.

Menurutnya, berikutan itu mangsa terjatuh menyebabkan berlaku hentakan kuat pada kepala manakala rakannya hanya cedera di kaki.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan pihak polis masih menyiasat kemalangan itu.

myMetro
12 Jan 2011


********************************************************************

kita sedekahkan pahala bacaan al-fatihah kpd arwah. insyallah

semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.



saidina umar abdul aziz rah. telah disahkan terkena racun dan racun telah berkesan dlm badannya. dan doktor pon bagitahu bahawa "kita tak tahu berapa lama lagi beliau dapat hidup".
mendengarkan itu lalu umar abdul aziz rah. pun berkata "wahai doktor! orang yang sihat pun tak tahu berapa lama lagi mereka dapat hidup"



orang yg bijak ialah mereka yg mengingati mati dan melakukan persiapan utk menghadapi kematian (mafhum hadis)



"tiap2 yg bernyawa pasti akan merasai kematian" (Surah 3 Ali Imran :ayat 185.)



dan bila masuk dlm kubur segala2nya tidak akn dpt membantu sebab malaikat tak kenal (contohnya: harta, phd, pangkat, isteri cantik, bmw 10 series and etc.) kecuali 3 perkara:
1. amal jariah
2. ilmu yg bermanfaat(diamal dan diajar)
3. doa anak soleh



*taqwa dan amal soleh penyelamat di dlm kubur.

p/s:
"jgnlah aku berbangga dgn kemewahan dunia.jgnlah aku berbangga buat maksiat. jgnlah aku berbangga sbgi seorang taiko. sebab bila kat dlm kubur nanti dah tak leh balik ke dunia walaupon utk ucap 1 subhanallah"...isk3

5 comments:

  1. Salam...Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian. Takziah buat kawan2 dan keluarga Almarhum..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...