keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Tuesday, January 11, 2011

kanak2 zaman nabi saw.


Hazrat U'mair r.a menyembunyikan diri ketika peperangan Badar???




Hazrat U'mair bin Abi Waqqas r.a ialah seorang sahabat yang muda. Beliau telah memeluk Islam sejak awal lagi. Beliau ialah adik kepada Sa'ad bin Abi Waqqas r.a seorang sahabat yang masyhur. Hazrat Sa'ad bin Abi Waqqas r.a berkata, "Dalam peperangan Badar, semasa tentera sedang bersiap sedia untuk bertolak, saya melihat adik saya berjalan ke sana sini menyembunyikan diri supaya tiada seorang pun menyedari kehadirannya. Saya sangat hairan melihatkan keadaan itu.Saya pun bertanya kepadanya, "Apakah yang telah berlaku? Kenapa kamu ke sana dan ke sini menyembunyikan diri?"

Beliau menjawab, "Saya takut Rasulullah saw. akan nampak saya lalu melarang saya daripada menyertai peperangan kerana menganggap saya masih kecil. Jika demikian, saya tidak dapat pergi. Saya ingin sekali menyertai peperangan. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada saya kesyahidan dengan apa-apa cara sekalipun."

Akhirnya apabila pasukan tentera diajukan untuk diperiksa kepada nabi saw. maka kebimbangannya menjadi kenyataan. Rasulullah saw. telah melarangnya kerana umurnya yang masih muda. walaubagaimanapun, keinginan yang sungguh-sungguh menyebabkan beliau tidak dapat menahan perasaan lalu menangis...

Setelah Rasulullah saw. mengetahui tentang keghairahan dan tangisannya itu maka Baginda saw. pun membenarkannya. Beliau telah menyertai peperangan itu dan cita-citanya yang kedua telah pun tertunai yakni beliau telah syahid dalam peperangan tersebut.

Hazrat Sa'ad bin Abi Waqqas r.a berkata, "disebabkan badannya yang kecil dan pedangnya besar, saya terpaksa menyimpul tali di pinggangnya beberapa kali supaya pedang itu tinggi sedikit". [Isobah]




Allahuakbar...inilah dia semangat keagamaan di kalangan kanak2 zaman nabi saw dan sahabat2 r.a.

moga semangat mantap macam ni hidup di kalangan orang mude kite...amin

1 comment:

  1. allahuakhbar!!

    ya Allah...pilih la diri kami, anak2 kami, saudara mara kami untuk menjadi seorang syahid juga. amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...