keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, July 13, 2011

aku, fighting dan fighter




assalamualaikum sahabat.



tadika

Kelihatan di satu taman permainan di sebuah tadika ada kanak-kanak bermain jongkang-jongkit. Ada yang bermain tanah liat. Main kejar-kejar. Main lukis-lukis pun ada. Suasana begitu gamat. Waktu rehat memang begitu. Tiba-tiba keadaan menjadi riuh bila seorang budak bernama Azlan menjerit-jerit kesakitan dan menangis.

“hhuuuuuhuu…cikgu, dia buattt..huuu” azlan menangis sambil menuding jari ke arah umar al-mujahid.

Sewaktu umar bermain jongkang-jongkit dengan buah hatinya tetiba si azlan datang dan mengambil-alih tempat buah hatinya. Umar pun meradang la. Lalu dihadiahkan se”das” buku lima tepat di perut azlan hingga senak.

“umar! Awak minta maaf cepat kat azlan!” arah cikgu azliza



Darjah 2

“mak, umar nak belajar tae kwan do…boleh la..” pinta umar pada ibunya.

“buat apa?” soal mak.

“kawan-kawan semua masuk…orang pun nak jugak..boleh la” rayu si umar.

Umar pun mendaftar dan mempunyai uniform putih tae kwan do. Perasaannya sungguh bangga. Namun tak sampai setengah tahun latihan tae kwan do terhenti kerana jurulatihnya hilang entah ke mana.



Darjah 5

Sewaktu di sekolah agama rendah. Murid-murid semua sedang duduk di atas kerusi menunggu kertas ujian UPKK diagihkan oleh ustazah. Seorang budak berkulit hitam manis bernama shah telah bergurau dengan umar dengan membaling pen kepada umar.

“nah, ambik kau!” umar mencampakkan kembali pen tersebut. Tak sengaja dakwat pen itu terkeluar dan terkena baju shah.

“kuang hajo kau umar! Kau jangan cari gaduh dengan aku…!” shah mara kea rah umar pantas memegang kolar baju umar seperti samseng.

Tanpa bicara hayunan tangan umar tepat di dada shah. Berguling-guling shah di atas lantai akibat penangan umar. Kebetulan ustazah masuk dan shah betul-betul berhenti berguling di kaki ustazah.

“umar!!..awak nak saya tarik kertas ujian awak?!!” ustazah memarahi umar tanpa usul periksa



Tingkatan 1

“kau jangan buat hal kat sekolah…” pesan bapa kepada umar

Sepanjang tingkatan 1 hingga 3 umar tidak pernah melepaskan tenaga fizikalnya untuk perkara sia-sia. Walaupun hampir-hampir terjadi. Di tahan nafsunya agar bersabar.



aku suke tgk org main parang dan keris




Tingkatan 5

Umar bertugas sebagai kadet polis mengawal suatu acara yang menaikkan semangat sebagai fighter. “haa..bagi sebijik! Ha..lagi..sebijik lagi!” teriak umar dan rakan-rakan. Sejak dari itu dia meminati sukan silat olahraga.



Kolej kemahiran

Suatu malam yang tenang dikejutkan oleh kecederaan teruk di bahagian wajah teman dom nya. Wajah yang hensem kini bagaikan diserang ratusan tebuan dan lebah. Rupa-rupanya temannya itu telah buat sabotaj pada temannya yang lain. Dan telah mendapat “boxing” percuma daripada senior asrama.



UiTM

Kelihatan sekumpulan pelajar berkumpul di satu bilik. Menyaksikan video kerakusan kekejaman di ambon. Di mana umat islam dibunuh sewenang-wenangnya. Umar al-mujahid yang betul-betul di hadapan “laptop” menghentak meja lalu tersigung cawan rakannya.

“aku takkan biarkan umat islam terus dihancur..aku mesti belajar silat!” umar bisik dengan tegas dalam hatinya. (haha..nak tergelak aku)



pesilat cilik..moga jadi daie bila besar


Part/sem 1

Umar mendaftar sebagai ahli salah satu pertubuhan silat di uitm. Dia telah berlajar dan berlatih dengan gigih. Setiap kali latihan pasti tidak tertinggal. Dia tidak mahu orang kafir sesuka-hati meleceh-lecehkan ummat islam. Lantaran itu umar belajar silat agar dirinya siap untuk bertempur dengan musuh islam. Dia berlatih dengan gigih hingga tammat.(keh keh keh)



Part/sem 3

Umar merasa dirinya masih tidak cukup lalu dia terjun dalam silat olahraga. Silat olahraga baginya adalah asas keberanian untuk menghadapi musuh. Baginya jika belajar buah pukulan, kunci mati dan lain-lain, tanpa keberanian segala teknik sukar untuk dipraktikkan. Ketakutan dalam menghadapi musuh mesti dilunturkan dari hati. Dalam silat olahraga umar bertemu dengan lawan yang sangat hebat. Daya ketahanan badan dan stamina mesti seimbang. Umar telah berlatih bersungguh-sungguh.

“umar, teruskan belajar..kau ada bakat” pesan izwan si senior yang lebih dikenali sebagai “son goku” yang banyak mencurahkan ilmu silat kepada umar.



Part/sem 4

Telah banyak latihan silat yang umar tak dapat hadir kerana baginya solat maghrib berjemaah lebih penting. Telah banyak solat maghrib berjemaah di masjid yang umar terlepas dek kerana kegigihannya menuntut silat. Yang sebenarnya, di akhir-akhir part 3 umar telah didakwah dan dinasihat oleh satu rombongan jemaah dakwah tabligh. Sejak dari itu umar sedikit sebanyak telah berubah. Namun terkadang dia tewas, kerana cintanya pada silat masih kuat. Ketika ini juga umar telah belajar satu lagi seni silat secara informal. Banyak amalan-amalan yang ia perolehi. Namun banyak yang umar tak dapat nak amal.



Part/sem 5 & 6

“umar…rindu abang umar..nape dah lama tak turun latihan?” pujuk Danial, junior silat dan kolej umar.

Umar hanya tersenyum. Umar sedih melihat keadaan latihan silat yang sering dibuat pada waktu petang dan akhirnya meleret hingga ke maghrib. Bukan sekadar itu, umar juga tidak sanggup berlatih bercampur bersama laki dan wanita. Walaupun umar mungkin lebih senior namun umar tak dapat menegur kesilapan ahli silat.

Hanya beberapa “partner” umar yang faham keadaan umar.

“bukan aku tak nak turun silat…Cuma aku taknak terlepas solat maghrib berjemaah” kata umar pada rakannya yang memahami.

Sekali-sekala umar turun latihan dan akan bergegas pulang awal untuk bersiap-siap.

“asal umar? Ada jin marah kau ke balik lambat?” sapa seorang rakan yang merupakan jaguh silat.

“hehe..mana ada..” umar sambil ketawa.. “camne dia tahu..entah-entah dia main teka kot” bisik umar dalam hati.


teknik sapuan



Aku

Antara kenangan paling seronok waktu di uitm segamat ialah terlibat dengan fighting sport. Budak bilik aku pun semua fighter. Pabong main tomoi. Tenat main tae kwan do. Aku pulak silat pengantin. Hehe. Banyak pengalaman. Pengalaman kena belasah. Kena training gila-gila (dalam masa 4 jam hilang 4-5kg berat). Kena sparing sampai habis tenaga. Terkehel, tersembam, terbengkak, terlebam, terhantuk sume aku dah rasa. Mimpi dasat-dasat pun dah rasa. Namun aku tak lah sehandal korang yang di luar sana. aku pun bukan lah guru silat ataupun master ke Aku ni selalu jadi punching bag jer..hehe



Jangan salah faham

Kita yang belajar apa saja martial art jangan sekali-kali kita rasa hebat. Sedarlah, kita ni tanah jer. Kucing berak simpan tahi dalam tanah juga. Kalau kita ingat dengan belajar silat kita dapat selamat daripada marabahaya maka kita silap. Yang member manfaat dan bahaya ialah Allah. Keselamatan kita yang sebenar-benarnya hanyalah dalam mentaati perintah Allah dengan cara nabi saw. kita belajarlah silat sungguh-sungguh tapi yakinlah bahawa yang memberi perlindungan hanyalah Allah.


gua peminat rocky!




Kekuatan islam

Kekuatan ummat islam tidak sekali-kali dikaitkan dengan amalan silat dan mana-mana martial art. Kekuatan ummat islam yang sebenar bilamana kita mentaati segala perintah Allah dan sunnah nabi saw. asas utama kekuatan ummat islam ialah iman dan amal. Kuat iman yakin pada Allah. Dan amal yang paling asas bagi laki-laki ialah solat jemaah di awal waktu di masjid. Bagi wanita di rumah dan tutup aurat sempurna. Kalaulah kekuatan kita pada tenaga dan senjata maka kita sekali-kali takkan menang dengan Israel yang mempunyai teknologi jauh ke hadapan. Sahabat-sahabat r.a sebanyak 200000 telah mengalahkan tentera rom dan parsi yang sebanyak 2 juta. Kekuatan ini datang dari amalan nabi saw. kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana nak kuatkan iman boleh berhubung dengan jemaah dakwah tabligh.



Hati-hati

Sepanjang belajar martial art kita kena hati-hati. Kadang-kadang memang terdapat amalan syirik, khurafat dan bid’ah. Untuk itu kita kena sentiasa berhubung dengan ustaz-ustaz atau orang yang berilmu agama.



Fikir risau bimbang

Fikir bagaimana rakan-rakan saya dapat mentaati perintah Allah. Risau bila ada rakan-rakan kita yang mungkin terlalu focus pada silat hingga solat dilambat-lambatkan. Bimbanglah keadaan kita di akhirat akibat daripada amal perbuatan kita.



Ajak member

Waktu aku mula-mula main silat aku lah antara orang yang paling gigih ajak member join sekaki. Kerana sedar kepentingan silat. Elak daripada rogol, samun, kena belasah dengan skin, kena buli dan sebagainya. Ingatlah, mengajak manusia kepada Allah lebih utama lagi. Ajaklah rakan-rakan kita solat di masjid. Kalau ada bacaan hadis join la sekali.



Jangan gaduh

Aku tau di kalangan pertubuhan-pertubuhan silat juga kadang-kadang ada perselisihan. Member aku pun ada jugak yang bergaduh. Kadang-kadang putus kawan sebab selisih aliran. Ingatlah, aliran-aliran, pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan ini sudah hakikatnya menimbulkan “assabiyyah” yang sering merasa diri sendiri bagus. Korang mesti pernah dengar silat ni kutuk silat ni. Walau di manapun kita berada kita ialah ummat nabi saw. dan kita bersaudara. kita kena kasih-sayang semua saudara kita. Kalau ada kesilapan berdamailah. Kerana itu akan menyejukkan hati nabi saw.


kokroach, sunya, kotas, ratna dan muri (nama x ikut urutan)..frenly kt uitm s.alam





Kepada member-member yang mengenali gua. Peace bro!



“dusshh…” sebijik penumbuk padu tersasar dan kena di bahu umar.

Umar menahan nafas dan cuba menetapkan kuda-kudanya meskipun telah beranjak sejauh 6 meter.

“perghh..sakitnya” rungut umar dalam hati kerana menahan malu di khlayak ramai yang menyaksikan.





p/s: gua memang minat fighting sport. MMA, WWF, WWE, Boxing, Tomoi, silat, kungfu dan macam2 lah..gua tukang pegang punching bag je sebenarnya..huhu


p/s 2: gua pernah dengar sorang alim pengamal perubatan islam kata bahawa silat-silat ni berasal dpd syaitan..wallahualam


2 comments:

  1. assalamualaikum....

    sy suka pada seni bela diri, tapi takut bila tengok orang beradu kekuatan.. memang seram klu tengok aksi pukul-memukul ni. fuhhh...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    mungkin ad kebenarannya si pengamalan perubatan itu berkata begitu..tpi kita kene hati2 berkata atau dalam myebarkan sesuatu .. takut2 nanti. tjatuh pada fitnah pule.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...