keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Thursday, July 21, 2011

aku tidak layak?



Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.(nada maulana Ahmad Lat d.b)


segala puji bagi Allah, kami memuji Allah, kami mohon pertolongan Allah, kami mohon kemaafan
Allah, kami beriman kpd Allah, kami bertawakal kpd Allah
kami berlindung kpdNya dpd kejahatan2 kami dan sekitar kami, kami mohon hidayah dan kami
berlindung dari perkara2 yg menyesatkan.
kami bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan dialah tuhan yang satu. tiada yang berkuasa melainkan Allah.
dan kami bersaksi bahwa nabi Muhammad saw ialah hamba, kekasih dan utusan Allah. selawat dan salam ke atas baginda, ahli keluarga baginda dan sahabat2 baginda serta mereka2 yang terus mengikuti baginda saw hingga ke hari kiamat.


mere bhaio dhosto buzroko (tuan-tuan, bapak-bapak yang mulia)...hehe


Merasa diri tidak layak untuk mengamalkan agama atau lebih tepat mentaati perintah Allah dan mengamalkan sunnah nabi saw dalam diri adalah satu kejahilan dan kemalangan ketidakbaikkan kepada diri kita sendiri. Ataupun merasakan diri sendiri terlalu berdosa hingga menyebabkan diri sendiri jauh ketinggalan daripada mengamalkan atau memajukan agama dalam diri sendiri. Namun tidak sedar bahawa diri semakin jauh daripada mentaati perintah Allah dan sunnah nabi saw.


Perkara yang sering didengari;


“umar, jom ke masjid. Kita solat jemaah.” “erkk..aku tak layak dow..kau pegi la dulu”

“umar, pakai jubah ni sunnah nabi saw tau..kau nak cuba?” “erkk…aku bukan taknak..tapi kau pun faham kan aku macam mana..aku ni bukan budak baik pun. Tak layak”

“umar, kita dok kuliah jom..” “erkk..kau kan tahu, aku solat pon lewat-lewat..aku belum sedia la”

“umar, nak pakai serban? Mari aku ajarkan..” “oh..takpe bro..aku belum layak ar..”

“umar, jom kita keluar 3 hari belajar iman untuk perbaiki diri” “weh, sori la..aku bukan taknak..tapi kau tengok la aku ni camne…banyak buat maksiat”

“umar, jom kita duduk taklim” “bro, aku segan la dengan diorang..kau pergi aarr”



Contoh-contoh perbualan di atas pernah terjadi pada aku jugak. Dulu aku suka tengok orang pakai jubah putih, pakai serban, makan dalam talam dan sebagainya. Tapi bila kawan-kawan ajak aku join sekali..1001 alasan aku kemukakan. Huhu…


Kita selalu beranggapan bahawa kita ini jahil, tak baik, banyak dosa, tak setaraf. Benda-benda ni dah betul dah. Iaitu kita selalu tengok aib diri kita. Tapi akan jadi masalah bila menyebabkan kita tersepit untuk mengamalkan agama. Macam dialog di atas. Si Umar sedar yang dia rasa diri dia banyak kekurangan, tapi tidak cuba untuk keluar dari kekurangan. Sepatutnya bila kita dah sedar tentang kelemahan kita, lagi la kita kena berusaha untuk berubah.


Sehingga suatu hari aku dikejutkan dengan satu ucapan yang bermakna dari seorang sahabat.


“SEBAB SAYA TAK BAIK LA SAYA KENA SOLAT DI MASJID BERJEMAAH”

“SEBAB SAYA TAK BAIK LA SAYA KENA AMAL SUNNAH”

“SEBAB SAYA BANYAK DOSA LA SAYA KENA BUAT BAIK”

“SEBAB IMAN SAYA LEMAH LA SAYA KENA KELUAR JALAN ALLAH BELAJAR IMAN”



diri, harta dan masa yang ada pada kita sekarang bukanlah kita punya. tapi yang sebenar-benarnya Allah yang punya. Allah beri pada kita untuk mentaati perintah Allah dan menghidupkan sunnah kekasihNya iaitu Muhammad saw. bukan untuk suka-suka menuruti hawa nafsu. sesiapa yang mentaati Allah dan rasul maka dia sedang memperolehi kejayaan, kemuliaan, kebaikkan, kesenangan, kebahagiaan, keselamatan yang besar di sisi Allah.


mudah-mudahan kita tak tergolong dalam golongan yang berangan-angan nak masuk surga. tapi masih banyak alasan.


video ini banyak mengingatkan zaman tinggal di kolej...haha



aku tengah lemah sekarang nih...mohon doa kalian. isk3




13 comments:

  1. nashiat utk gua juga...

    lemah,selalu duduk dlm ijtamie amal...

    ReplyDelete
  2. mmg bnda2 mcm ni,bese berlaku,,,moga Allah beri kefahaman pd semua org,agar jdkan agama sbg mksud hidup,,,

    dan Allah kekal kn kite sume dlm hidayah Nya,,,,insyaAllah

    ReplyDelete
  3. to n0vemBer zuLu:

    - its da final countdown!


    to Si Pujangga:

    - tingkatkan iman. lemahnya..huhu


    to Anak Pendang Sekeluarga:

    - untuk diri in khususnya.

    syaitan selalu tarik saya..isk3


    to abu zarim:

    - emm...ameen

    ReplyDelete
  4. buat orang pempuan pulak.

    "aku teringin nak pakai tudung labuh...tapi layak kah aku? aku byk wat dosa..."

    SEBAB KAU BANYAK WAT DOSA LA KAU KENA PAKAI CEPAT!

    ReplyDelete
  5. abg,,pasal video tu,,,buat kt uitm ke?mcm kenal la pelakon die,,,,hurm

    ReplyDelete
  6. to abu zarim:

    - dia ada tulis politeknik kan...tu la, sy pon mcam kenaal yang putih2 tu...hihi

    ReplyDelete
  7. poli mne ek?,,,thu?,,ada gak video mcm ni ek,,,mmg kenangan la,,,,teringat dulu2,,,mcm prnah jmp kt sri petaling kot,,,hurm

    ReplyDelete
  8. salam ziarah dik,
    moga terus diberi kekuatan oleh Allah utk berada diatas jalannya....

    ReplyDelete
  9. to abu zarim:

    - saya pon taktau poli mana...rembat kat youtube jer..

    rasanya mcm selalu juga prasan kat sp. huhu


    to Norsha:

    - trimas kak,
    sama-samalah kita. ameeen.

    ReplyDelete
  10. to abu zarim:

    - adikku sayang, saya pun tak taw. cubalah cari2 kat youtube.

    jgn tekesan dengan video...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...