keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, July 20, 2011

keghairahan ulama mengamalkan sunnah


assalamualaikum wbt.


di sini aku ingin kongsikan sebuah kisah yang menggetarkan jiwa...



Sunnah yang dihapuskan oleh orang india


Pada suatu peristiwa, sekembalinya hadraji maulana Yusof rah. Dari mengerjakanumrah menaiki kapal terbang. Mufti Azizur Rahman menegur beliau, “orang ramai tidak berapa bersetuju dengan tindakan tuan yang membelanjakan wang yang banyak untuk menunaikan umrah”.

Hadraji Maulana Yusof rah. Sambil tersenyum berkata, “tuan mufti, orang india telah lama meninggalkan sunnah mengerjakan umrah. Walaupun saya terpaksa menghabiskan keseluruhan harta saya untuk menghidupkan kembali sunnah umrah ini, masih saya rasa ianya lebih berbaloi. Saya sanggup kehilangan keseluruhan harta saya untuk memastikan sunnah nabi saw. tidak hilang di muka bumi”.



P: kita sepatutnya tidak sanggup hidup dengan melihat sunnah dimatikan. Sunnah nabi saw adalah lebih berharga daripada nyawa kita sendiri. Harta yang ada pada kita bukanlah milik kita. Ianya diberikan oleh Allah swt. kepada kita untuk menghidupkan sunnah kekasihNya iaitu nabi Muhammad saw.

(dipetik daripada kitab 1001 kisah hadraji rah.)





bergetar tak jiwa korang? hehe


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...