keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Tuesday, July 19, 2011

durian iman


assalamualaikum.



nak cerita pasal durian la...


Waktu aku kat segamat dulu sempat jugak aku membalon merasa durian segamat. Kalau korang nak tahu segamat ialah antara tempat yang terkenal dengan buah-buahan ciptaan Allah. Yang paling macho sudah tentulah durian. Ramai yang kata durian segamat ialah durian yang paling best di antara durian-durian dalam Malaysia. Tapi aku rasa lebih kurang sama je sedapnya.


durian gergasi di dataran segamat


Durian ialah sejenis makhluk ciptaan Allah daripada spesis buah-buahan. Ianya berwarna hijau kekuningan. Mempunyai perisai diri yang mantap iaitu mempunyai duri di kulitnya (boleh buat senjata jika darurat..huhu). pokoknya tinggi-tinggi. Dengar kata bila pokok tu dah usia 10 tahun baru mula berbuah..wallahualam. ianya tak boleh dipetik untuk dimakan sebab belum masak. Ia akan gugur sendiri bila dah masak..hebat kuasa Allah. Mengeluarkan bau yang harum semerbak. Isinya berwarna kuning menyelerakan. Mempunyai rasa yang manis menawan hati. Namun, jika terlebih dos makan boleh jadi asbab demam. Menurut petua orang tua minum air daripada bekas isi durian tadi boleh mencegah daripada demam dengan izin Allah.


pergh...gebunya isi. gggrrr!




Durian mengingatkan aku sewaktu pertama kali khuruj dengan jamaah dakwah tabligh.


Sewaktu muzakarah ustaz telah muzakarah adab usul. Aku sendiri tak tahu apa-apa pada waktu itu. Jadi aku layan je la dengan niat ingin belajar. Ustaz menjelaskan tentang 4 perkara mesti ditinggalkan sewaktu keluar jalan Allah. Iaitu:

1. Mulut jangan minta pada makhluk tapi minta pada Allah

2. Hati jangan harap pada makhluk tapi harap pada Allah

3. Jangan pakai barang orang tanpa izin (contoh selipar)

4. Jangan membazir



Ustaz kata bila kita dah tahu kita mesti amalkan. Jadi aku yang baru tahu ni pun terus amalkan dengan panduan daripada pelajar hafiz yang bersama. Waktu itulah waktu paling taat yang aku pernah rasa seumur hidup ni. Tak rembat selipar orang, ambil wuduk bukak air paip paling sikit punye tapi yang nombor satu dan dua tu aku tak dapat lagi.


Dengan kuasa Allah ustaz membahagi-bahagikan “partner” untuk jaulah “random” berdua-dua pada pagi itu. Aku bersama dengan pelajar hafiz. Ditakdirkan tempat kami khuruj tu kawasan kampong. Jadi banyak la pokok buah-buahan.


durian yg belum masak



Kami pun terus jaulah rumah ke rumah. Sewaktu perjalanan aku terlihat satu kawasan yang ada pohon durian yang buahnya sedang banyak. Aku pun memang pantang kalau Nampak durian ni. Rasa nak terkam rembat jer..


Aku teringat pesan ustaz tadi. Mulut jangan minta pada makhluk tapi minta pada Allah. Hati jangan harap pada makhluk tapi harap pada Allah. Aku pun terus amal perkara tu.


“ya Allah nak durian ya Allah…” aku ulang-ulang dalam hati.


Ustaz kata kalau kita minta kat makhluk boleh jadi dapat dan tak dapat. Tapi kalau kita minta kat Allah dapat dua. Satu di dunia satu di akhirat. Di dunia kalau tak dapat mungkin Allah tukar dengan perkara lebih baik lagi. Di akhirat pasti dan pasti dapat!



Beberapa hari lepas tangguh dan jemaah tersebut pun pindah masjid.


Aku dan member aku pulang daripada jenjalan atau “outing” di pekan segamat. Waktu hendak pulang kami singgah untuk solat isyak di masjid Gemereh. Sesampai je, kami pun pergi menuju ke tempat wudu’. Kami dikejutkan dengan sesuatu.


Sekali ada sebakul durian daa..masyallah!


Aku teringat bahawa aku pernah doa nak durian..tapi aku teringat ustaz kata “kalau itu rezki kamu takkan terlepas daripada kamu”. Aku pun kata dalam hati. “kalau ada rezki ada la” tawakal beb.. sesudah solat isyak kami pun bergerak untuk pulang.


Tetiba pakcik-pakcik kat surau memanggil-manggil kami. “dik-dik…mari sini makan durian!”


Pergh…meningkat iman waktu tu beb! Benarlah Allah yang bagi durian. Siap dikopekkan lagi. Kami nak makan sikit jer sebab baru je lepas makan. Sekali mereka suruh perhabis. Fuh, penat beb nak perhabis durian ni.


Aku memang gembira sakan la dapat makan durian. Dalam hati kata benarlah Allah saja yang boleh bagi. Puas betul melantak makan durian tadi. Sampai sendawa-sendawa. Kereta pun bau durian. Hampeh!


usaha dakwah tabligh menyatukan ummat dgn sunnah nabi saw.



Itu baru sikit bro…ada lagi. Allah nak bagi.



Sesampai saja kami kat uitm kami terus menuju ke masjid untuk mendarat. Nak tahu apa jadi?


ALLAH HANTAR DURIAN SATU LORI!! YAA..SATU LORI!!


Yang dibelanja oleh prof. kamil pengarah ketika itu sebagai perantaraan Allah. Perghh! Korang boleh bayang tak betapa meningkat iman gua masa tu..hati pun semakin membenarkan bahawa Allah la yang bagi durian!


lori ni besar sangat kot..huhu


Mencanak-canak iman naik beb (misbahuddin, 2010)


Apalagi..makan durian lagi laa…hahaha!




~ begitulah kisah nikmat dunia sementara ni~





jika dikumpulkan seluruh makanan dan minuman

serta buah-buahan dan ulam-ulaman.

daging dan ikan. bermacam-macam masakan.

yang disangka sangat menyelerakan.

takkan dapat lawan

sesaat kesedapan

sebiji pisang

di syurga abadan


itulah hakikat

yang mesti diulang-ulangkan..

hingga kunjung saat kematian




p/s: baca doa makan buah "Allahuma bariklana fi samarina"



5 comments:

  1. aku ade pengalaman woo dapat durian sato lori..x tipoo..siap ade rambutan manggis lagi..time kua kat penang..ade seorang haji tu hantaq 1 lori ke masjid..nah x abes..siap bawak balik sri petaling lagi utk wafsi..bagi jemaah lain makan kat pintu masuk depan kolah wuduk markaz..hohoho..Allah bagi!

    ReplyDelete
  2. sunya a.k.a farid faisal.. alhamdulillah, aku pun pernah dapat mcm tue... Dalam hati nak makan.. Tup2 pas2 dapat gak makan.. Orang yang datng bawak kan.. Rezeki yang murah datang dari Allah.. Alhamdulillah, aku bersyukr.. :) agak2 niat dapat evo, bley dapat x?? hehe.. guraw jek.. anyway miss u bro.. lme x jumpe..

    ReplyDelete
  3. to misbah sobah:

    - masyallah tn, cash Allah bagi. alangkah bagusnya kalau tuan mintak hidayat...

    hehe...


    to Si Pujangga:

    - atap a.k.a zhafren...Allah maha pemurah bro.
    Allah cuma suruh kita taat je. Allah la yg bagi rezki.

    nak evo? mintak kat Allah dengan solat dan sabar. Insyallah dapat. hehe

    ReplyDelete
  4. sedap nyer durian

    Allah bru jer bagi durian yg isi die lembut dan warna kuning. makan dan pulut.. perghh.. kecuq ayak liur

    nikmat mana lagi yg kamu dustakan

    ReplyDelete
  5. to ahLia teeeetttttt..... :

    - Allah bg sedap!

    ada ke durian isi warna biru? kih kih kih...
    mkn dengan pulut x pernah try lagi...

    maka nikmat mana yg hendak sy dustakan lagi...isk3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...