keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Saturday, July 30, 2011

selamat menyambut ramadan






undertaker bersalaman dgn jamaah bangladesh yg khuruj 4 bln di amerika(ehsan m.effendie)


assalamualaikum.


lamanya aku tunggu entry2 blogger2 karkun nih. payah betul nak update.


hurm. sume orang sibuk dakwah. aku je sibuk blogwalking bak kata orang putih. huhu


member-member ramai yang tengah bermujahadah keluar jalan Allah. ada yang keluar 4 bulan, 40 hari. apa la khabar mereka. dan yang pasti hakikatnya aku telah jauh ketinggalan di belakang. isk3. lemahnya aku. (sedih betul..huhu)


memang benarlah bahawa bukan cuti yang bagi keluar tapi Allah. bukan duit bagi keluar tapi Allah yang bagi keluar. rindu bebenar aku dengan zaman mula-mula kenal usaha agama ni. suasana agama sentiasa ada. iman sentiasa tercharge.


nisfu shaaban hari tu aku dah siap2 nak berangkat. dah gigih sangat nak kuar 40 hari. barang2 sume dah pack. uniform, kain, sugi, minyak zaitun, set taklim sume aku dah prepare. memang semangat dah membara habis. sempat jugalah berjumpa dengan tuan hidayatullah dan tuan hainur hapis. malam markas siap iktikaf sekali. bajet hari ahad dah boleh gerak la. rupa2nya tidak. aku dapat call dari rumah. mak aku tetiba suruh balik. dia tak sedia lepaskan aku last2 minit pulak. pergh..aku masa tu memang dah takleh control dah. aku sedih sangat sampai sekarang. ye la, aku pun paham. parent aku pun tak berapa sihat. aku tanya dengan orang tanggungjawab halaqah. dia kata takpe, balik dulu ikram mak ayah. sampai hari ni aku rasa down giler. sedih dow.

siap utk berangkat. tp syg..Allah maha mengetahui

barang2 yg sepatutnya kuar 40 hr nisfu shaaban


sekarang nisfu shaaban pun dah nak habis. cepat benar masa berlalu. apa je la yang aku dah buat untuk agama sepanjang bulan ni. hurm.. beruntungnyalah orang2 yang Allah guna untuk agamaNya.


bulan ramadan pula bakal tiba. hurm..


lemah je semangat aku. ye la, aku dah beriya-iya kot nak puasa ramadan di jalan Allah. pergh, sedihnya. ini sume salah aku tak jaga amal. isk3. buat sahabat2 aku yg tengah khuruj IPB. mesti diorang sangka aku dah kuar sekarang ni. lemahnya. ya Allah janganlah singkirkan aku dpd usaha agama yg mulia ni.


bibit-bibit perkenalan aku dengan usaha agama ni pun berlaku masa bulan ramadan. kalau tak silap tahun 2008. yang mana Allah hantar satu rombongan jamaah iktikaf di masjid asy-syakirin (pusat islam uitm segamat) selama 3 hari. bersama mereka adalah kenangam paling manis sepanjang berada di segamat. dan merekalah jemaah yang pertama dan terakhir yang berjaya masuk uitm. disebabkan ada pelajar mengadu katanya jamaah yang buat ziarah mengganggu beliau istirehat. selepas tu jamaah tak dibenarkan masuk.


sepanjang aku keluar bersama mereka, aku lihat setiap kali doa mereka akab menangis. dan waktu malam aku pun sedar mereka akan solat dan doa nangis2. begitulah sepanjang 1 hari setengah bersama mereka sewaktu mula2 keluar jalan Allah. aku pun tak paham apa yang mereka minta pada Allah. berkat susah-payah jemaah tersebut. hingga hari ni walaupun jemaah takleh masuk tapi Allah keluarkan pelajar2 untuk keluar jalan Allah. semoga Allah kekalkan hingga hari kiamat. ameen.


hidup takde suasana agama ni memang mujahadah sungguh. aku pulak jenis senang terkesan. susah nak istiqomah. terasa sungguh diri ini lemah. kalau dulu ada member. bila lemah kawan2 bagi targhib. bila sorang2 kat mahala. lemah sungguh. tambah pulak keluarga pun masih susah nak paham. isk3..

tangguh 40 hr di ijtimak merlimau taun lepas...isk3


aku harap sangat bulan ramadan ni akan lebih bermakna buat diri aku yang pencacai ni. semoga Allah beri kekuatan untuk beriman dan beramal. dan sebarkan hidayat dalam diri aku dan keluarga serta seluruh ummat.



aku mohon doa kalian.


selamat menyambut ramadan al-mubarak. datangnya dinanti, perginya ditangisi. ahlan ya ramadan.




5 comments:

  1. allahuakbar..sadisya,, sy paham persaan tuan.x dapat ki jmpe kat merlimau ek?

    ReplyDelete
  2. masyaAllah,,,mmg sedih la,,,moga Allah xsingkir kn kite sume,,,sy pon sayu bce post ni,,,
    moga Allah sentiasa pilih kite,,yg pntingny,kite kne jg iman n amal kite sgguh2,,,insyaAllah,,,

    ReplyDelete
  3. tuan..smpi skrg ke uitm segamat jemaah xleh masuk...klo x silap sy..ini bukn masalah admin uitm..tp masalh kita..mgkin kita sedikit keas dlm mlakukn usaha...
    xpe...inshallah..hadir mlm markaz...jga 5..amal...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt farid.

    masyaAllah.. semoga Allah mudahkn tuan kuar lain kali. ameen.
    semoga kesedihan,azam dan semangat tuan jadi asbab hidayah tersebar.

    salam ramadhan al-mubarak. semoga ramadhan kali lebih bermakna dan mungkin juga ramadhan terakhir kita. banyak kn ibadah. insyaAllah..

    p/s: itu ker undertaker? tahu name jer, tp org nye x knl. hehehe. semoga Allah berikan hidayah pd dia juga. ameen. :)

    nam/ amanahdarikekasihku.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. to misbah sobah:

    - doakan saya tuan. Allah tak jumpakan kita kat merlimau tapi Allah jumpakan kita kat fb...huhu


    to abu zarim:

    - insyallah tuan. doakan saya yg lemah ni tuan. insyallah.


    to Anak Pendang Sekeluarga:

    - sekarang tak pasti. mungkin nanti kita akan muzakarah dgn ustaz la mcm mana. hidayat sikit tuan.

    mohon doa tuan. insyallah.


    to nam:

    - ameen. selamat menyambut ramadan yg penuh berkah.

    tu la undertaker. dia antara penggusti faveret aku. moga Allah beri hidayah kat dia. ameen.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...